Showing posts with label Kimie Rabudzi. Show all posts
Showing posts with label Kimie Rabudzi. Show all posts

16 May 2012

Fake About Kimie Rabudzi

As salam semua..

Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah... Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah...Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan... Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk "Inpira vs Lancer..... very bad ending" secara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)


Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah... Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah sendiri... Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul... 

Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham 'sijil/lesen' ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..

Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalah SALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..

Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam entry sebelum ni...


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu... Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam... 

Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat  sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2....

Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata "padan muka".. 

Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. "kalaulah itu, kalaulah ini..." sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati...

Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada' dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.

Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi... Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..

Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..

Jika anda lebih prihatin, sila share dan LIKE entry ini supaya fakta yang sebenar tersebar... Jutaan terima kasih dari saya dan rakan-rakan di Alumni Bainun81..


Kisah Dari Forum Cari - Eksiden Arwah Ahmad Hakimi

Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lenser tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lenser

aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.

Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.

Sewaktu lenser tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.

Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.
Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.

Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.

Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber'seatbelt' dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.
Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.

Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.

Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.

Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.

Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.

Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.

Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.

11 May 2012

Tribute to : Kimie Rabudzi

Walaupun dia telah pergi, tapi gambaran memori masih lagi kekal..

Sejak arwah Kimie Rabudzi pergi, semua memori bersama kembali semula.. terutama sekali sewaktu di dalam kelas, di dalam prep (siang malam), di sekolah, alumni, gathering etc..

dan paling terberkesan... adalah memori semasa kami sama2 nak membangunkan group Alumni Batch 81 @ batch kami yang SPM 1998.. yang mulanya kami namakan Bainun81 sebelum bertukar kepada SUPERB81.. arwah tak pernah berkira setiap melibatkan alumni samada dari segi masa, duit, tenaga, kemahiran, usaha etc... semuanya, dia rela tanpa sebarang alasan. Kami berdua incharge bahagian IT dan data sebab kami berdua ada background IT dan dua2nya pun rajin online 24hours..



untuk menjayakan group kami ni, macam2 usaha yang kami buat.. meeting sini sana:- kat kedai kopi, kedai makan, shopping complex dan termasuklah opis arwah sendiri kerana kelengkapan lengkap untuk bermesyuarat... kami bermusyawarah dari siang sampai ke malam.. selesai solat, sambung lagi...

semasa kami semua bujang, batch kami memang aktif... macam2 aktiviti kami anjurkan semata2 untuk merapatkan semula hubungan walaupun dah terpisah dari zaman persekolahan...

aku tak mahu letakkan semua gambar arwah secara individu sebab terasa sedih sangat... tapi, bila aku tengok gambar kami secara berkumpulan, sekurang2nya aku bole tersenyum semula bila ingatkan semua kenang-kenangan tu, walaupun ianya pedih... sebenarnya, gmbar2 inilah pengubat hati kami dan mengingatkan semula kami semua atas segala jasa dan usaha arwah semasa hayatnya...


SPM 1998


2005 - First gathering @ Gazebo.

 Jan 2006 - Gathering di Bukit Merah Lake Town Resort

Aug 2006 - Gathering di Alor Pongsu, Sungkai.

2006 - Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun Ipoh


2008 - Iftar di Cerana Restaurant, Cheras.

 2008 - Bowling Tournament 

2009 - Bainun81 @ Kadok's Wedding

 2010 - Sambutan Jubli Perak di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Bergambar bersama-sama DYMM Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun guru-guru, staf dan Alumni Bainun.


 26 Jun 2010 - Sambutan Jubli Perak SMKRaja Permaisui Bainun di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

 2010 - Dinner Bainunalumni di SMK Raja Permaisuri Bainun


 all the boys sure lebih terasa.. life di hostel biasa la.. siapa la kita tanpa kawan2... siang malam adap muke yg sama, tapi ntah kenapa tak pernah jemu... just enjoy the time...

 batch kami dulu memang hebat bab2 nyanyi2 ni... ramai yg teror main gitar... arwah pulak mmg suara sedap, selalu jadi singer...

oya, arwah Kimie dulu adalah ketua pelajar yang digelar Ketua Umum.. dan dia salah seorang pelajar cemerlang sekolah kami... dan buktinya, nama arwah tercatat di dewan sekolah sebagai Ketua Umum. semoganya ianya menjadi kenangan buat semua.

sekurang-kurangnya, jika Boolat besar nanti... Boolat tahu yg abahnya sangat baik dan berjasa orangnya... dan dia tahu semua orang sekeliling menghargai jasa abahnya...

07 May 2012

Al-Fatihah Kimie Rabudzi & Siti Rohani

10.50 p.m
Malam tadi, aku bizi buat design utk magazine rasa penat sangat terus rasa nk relax kejap dgn bukak FB... Tapi kali ni aku rasa, pelik bila baca "arwah"2 appear di wall Nanie... bila sebut bab2 ni, kita tau bukan gurauan dan kalo bole tak nak terjadi macam arwah Bob Kuman...

So, i juzt investigate dengan klik link yang appear tadi... Aku mengucap panjang sambil urut dada bila baca semua wall Nani @ Siti Rohani @ Violet Mocker Bunga bila semua orang sedekahkan Al-Fatihah... dan aku teruskan membaca sehingga terjumpa satu komen yg jelas apa yg berlaku sebenarnya...

"Al-Fatihah untuk arwah Nani dan suami yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di Gambang, Pahang sekitar 730 pm tadi, ketika otw balik ke KL dari T'ganu - menurut rakan-rakan sekerja di MGCC. Bayi mereka Uzair terselamat dlm kemalangan tsbt. Semoga ditempatkan di kalangan org yang soleh. Amin..."


Rasa tak percaya lagi, aku klik pulak fb Kimie Rabudzi... Allahuakhbar... Memang betulla apa yg aku baca.. walaupun dengan harapan ada orang yang beritahu aku semuanya hanya mimpi....

Aku tergamam.. Tapi dari status yang aku baca, tak ada satu pun komen dari kawan2 Bainun, means mungkin semua Bainunian tak tau lagi ttg berita ni... Orang pertama aku kol, Azham @ Presiden Kelab Bainun81.. Hopefully dia tahu dan nafikan apa yang aku baca... Tapi rupenya, dia pun tak tahu tentang hal ni... Sedih giler..... Then, aku kol bbrp kawan rapat yg lain dan semuanya mmg tak tahu lagi berita ni...

Apa yg aku bole cakapkan tentang arwah Kimie dia mmg seorang yg baik hati dan tak kedekut ilmu... Apa sahaja yg dia bole share, dia akan share sama... Tambahan kami berdua sama2 IT, so apa2 aku akan selalu refer dia and can say he is my mahaguru @ sifu... even, baru2 ni masa website down and ktorng dalam proses nk tukar domain, dia yang banyak monitor aku... Terima kasih banyak2 Kimie.. Semoga segala jasa baik ko Allah balas beribu kali ganjaran dan dilimpahkan rahmat ke atas rezeki anak ko, Uzair @ Boolat...

Semoga roh korang berdua aman di sana.. Dan sampai sekarang aku masih lagi rasa macam mimpi dan sukar untuk dipercayai.... Dari pagi tadi aku menggigil dan mulut tak berhenti beristhigfar... Moga Allah bagi kami semua kekuatan untuk terima kenyataan ini... Buktinya, sangat ironi kerana mostly kawan2 Bainunian pun sama seperti aku, sukar untuk lelapkan mata malam tadi hanya kerana hati kami terlalu rapat dan sangat2 terasa kehilangan ini....

..salah satu komen rakan saksi kejadian...

... gambar Jumaat lepas semasa Majlis Cukur Jambul Boolat... 
...moga Boolat tabah dalam umur 7 bulan ini telah kehilangan abah dan mama...

 ..perjumpaan terakhir bersama arwah Nani dan Kimi... waktu ni Nani sedang mengandungkan Boolat...

.. kami berjumpa ketika Kenduri kawen Usop dan Kak Siti di Teluk Intan... Kimie sangat2 rapat dengan kawan2... Almost semua kenduri kawan2 dia pasti akan datang... 

.. warga Bainunian bersama arwah Kimie dan Nanie sewaktu majlis persandingan ktorng...

...Al-Fatihah...