As salam semua..
Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah... Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah...Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan... Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk "Inpira vs Lancer..... very bad ending" secara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)
Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah... Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah sendiri... Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul...
Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham 'sijil/lesen' ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..
Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalah SALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..
Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam entry sebelum ni...
Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu... Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam...
Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2....
Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata "padan muka"..
Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. "kalaulah itu, kalaulah ini..." sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati...
Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada' dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.
Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi... Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..
Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..
Jika anda lebih prihatin, sila share dan LIKE entry ini supaya fakta yang sebenar tersebar... Jutaan terima kasih dari saya dan rakan-rakan di Alumni Bainun81..
Jika anda lebih prihatin, sila share dan LIKE entry ini supaya fakta yang sebenar tersebar... Jutaan terima kasih dari saya dan rakan-rakan di Alumni Bainun81..
42 comments:
Salam, kalau mahu dan rasa perlu, contact fb mintak tutup fb account die.
ade polisi deactivate accout pengguna yg deceased
tapi berdasarkan mana-mana cerita sekalipun, lancer tu yang masih tak ke tepi kan even dah diberi signal dari belakang ?
bkn nak salahkan sape-sape, tapi keadaan macam ni biasa je berlaku ... sikap tak nak kalah ni memang sukar nak dihapuskan ...
saya tak menyalahkan mana-mana pihak ... kemalangan akan still terjadi even dah berhati-hati kalau dah ada dalam ketetapan ALlah ... alfatihah utk semua mangsa ...
Saya sekali baca sudah dapat membayangkan keadaan yg berlaku spt petikn drpd yg diceritakan. Kita perlu faham konsep keabadian tenaga ileh isaac newton. Tnga xboleh dihapuskan kecuali diubah kpd tnga yg lain.jadi kerta lancer td pd mulanya menghimpit ke lane kanan shnggs masuk ke rumput akbt bas yg berubah haluan.disinj ada strting point dmna dpt disimpulkan pemandu panik lalu membalas stering ke kiri di luar kawalan (instant respond).secara amnya jalan highway lebih luas krn trdpt 2 lane dan ada di sesetgah kwsn hingga 3 lane. Jadi dapat disimpulkan bhwa krta tersebut membalas dgn kelajuan yg tinggi ke divider kiri sehingga boleh kembali ke divider sebelah kanan bahkan boleh meluncur naik hingga ke laluan bertentangan.ini adalah penjelasan secara sainstifik.krn krta dibelakang pd kelajuan 200km dan mngkin krta dihdpan berada pada kelajuan 150-180km/j. Terima kasih.
betul anon...
dan selalunya nk potong kete bukannya makan masa 5 minit.. tp dlm bbrp saat shj.. tetapi tiba2 bas ubah haluan..
jika lancer speed up n bagi laluan, mgkn inspira tu yg kena langgar..
Assalam... juz nk tanye.. ade tak sesape yg boleh tolong delete fb dia?sesape yg pandai hack... delete la fb dia sbb ada gamba wife dia tak pakai tudung....sebagai tanda menghormati arwah...
Salam, just nak share experience. Aku pernah accident dekat highway dari kl ke melaka. Dalam perjalanan tetiba ada kereta menghimpit agak laju & aku pun tambah kelajuan sbb nampak jalan depan ditutup 2 lane jadi 1 lane. Nak jadi cerita, jalan depan tu boleh pulak x rata, menyebabkan x dpt control & kereta pun terbabas. Nasib baik sbb terbabas kt sebelah kanan jalan (merempuh pokok2 renek & end up kereta masuk parit). Aku & member semuanya selamat cuma terkejut beruk je & kereta kemek sikit je..
Moral of the story, kalau nak jadi accident sekelip mata je. Tak de siapa purposely nak accident kan? Kalau x jadi kt kita mmg la senang nak berfikiran sinikal, tapi kalau siapa ada experience kejadian sebegini akan rasa lebih simpati & empati. X perlu nak menganalisa secara negatif sbb kita x mengalaminya sendiri.
Yang penting kita sama2 ambil ikhtibar & doakan kesejahteraan arwah2 di sana. Al-fatihah.
Udah2 la tu cerita pasal arwah.. Lagi bagus lagi mulia baca surah al-fatihah n sedekahkan kepada arwah n isterinya. Nasib kita belum tau lg mcm mana. Tak tau lg mati di mana. Mati cara mcm mana. Ada kubur ke tidak.. Ada org peduli ke tidak.. Tak perlu lagi nak berdebat keluar idea la pengalaman la apa la.. Lagi bagus tutup cerita semua ni. Tak perlu niat sbg pengajaran ke apa ke. Panjang cerita nnt. Baca surah al-fatihah sedekah pada arwah lagi bagus
AL-Fatihah buat mangsa.bukan mahu berckp ttg arwah cuma berhrp ia menjadi teladan kpd kita semua.kita semua mudah lupa dan leka.sebab itu setiap kematian perlu dibedah siasat dan setiap kemalangab perlu dikaji.ada sbbnya.Wallahualam.
apa pun al-fatihah semoga rohya di cucuri rahmat dan selamat di akhirat amin...
Saya merupakan rakan baik arwah semasa kecil,ke mana2 kami bersama bagaikan kembar.dalam kelas saya terpaksa akur dengan kebijaksanaan arwah yang menjadi penghalang untuk saya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan,ke mana saja kami bersama baik ke sekolah dan pulang ke rumah..saya masih teringat kebaikan dan kebijaksanaan arwah sejak kecil.ibu dan bapa arwah mesti merasa bangga kerana arwah menjadi harapan sekolah dan mndapat 4A dalam peperiksaan UPSR.arwah dilantik menjadi ketu pengawas sekolah rendah.arwah seorang yang ringan tulang dan menghormati sesiapa saja.hubungan erat kami bagai adik dan abang terputus seketika apabila arwah kimie ke sek raja permaisuri bainun dan saya di sekolah izzuddin shah ipoh..hubungan kami bertambah jauh apabila saya kini bekerja di luar negara..kini saya bercuti seketika untuk mnguruskan perkahwinan dan hakimi pasti saya jmput ke majlis prkahwinan.alangkah terkejutnya saya apabila dikhabarkan pemergian arwah drpd ibu saya..setelah saya tiba di kuala lumpur dan berhasrat untuk mnjmput arwah.lantas tiba di rumah saya terus membuka internet untuk mendapatkan maklumat mengenai peristiwa tersebut.sangat mudah kerana rata2 membicarakan pemergian arwah..cuma satu yang saya pinta..saya lebih mengenali arwah dari anda semua..hentikanlah membicarakan salah arwah yang kononnya memandu laju semasa peristiwa kemalangan tersebut,sebaliknya doakanlah kesejahteraan kepafa arwah dan pergilah berziarah anak arwah..hampir.menitis airmata semasa saya mencoretkan komen ini,kerana saya amat merindui arwah..selama 12 tahun ke mana saja kami bersama bagaikan kembar..buat arwah hakimi..saya amat merindui kamu,tenanglah kamu di sana dengan rahmat Allah kerana Allah lebih menyayangimu dari kami semua..al fatihah
Aznee tlg deletekan comment saya,ada 4 komen yg same hve been published..tq
al-fatihah
sedih sgt bila baca ni, Sebak rasa, apalagi bila ia belibatkan baby.
Semoga roh arwah tenang disana. x perlu lah nk mempertikaikan sapa salah sapa betoi. Benda nk jadi dlm sekelip mata aja.
Ya Allah, hiba sungguh hati ini
Dalam kes ni pesalah yang pertama adalah orang yang memandu INSPIRA tu.. dia memandu laju dan tak mahu bertolak ansur dengan pemandu lain yang sedang memotong bas berkenaan. Sudah tentu dalam keadaan ini pemandu lancer berpendapat dia mungkin tak dapat nak masuk lorong kiri dengan segera sebab dah terlalu dekat dengan bas. Bagi saya pemandu INSPIRA perlu bertanggungjawab juga atas kematian. Dah banyak kali saya tengok pemandu ego macam dan saya sendiri pernah alami.. keadaan sedemikian. Kebanyakan yang memandu laju dilorong kanan selalu menunjukkan keegoan mereka. Kita paham dia memandu laju dan kadang2 nak memperlahan secara mengejut akan mendatangkan bahaya tetapi pemandu ni pun perlu juga memikirkan keadaan pemandu lain. Sekadar beri pendapat bukan niat nak menyalahkan sesiapa.
Takziah kepada seluruh keluarga berkenaan dan rakan beliau.
as salam semua,
utk pengetahuan semua entry ini diwjudkan bukanlah lagi untuk membahas apa2 kejadian yg berlaku atau menuduh sesiapa.. entry ini adalah untuk membetulkan segala prangsangka buruk terhadap arwah seperti yg terdapat di komen-komen forum, blog, email dsb..
sebarang komen yg keterlaluan akan sy delete.. saya harap semua faham dan boleh menghormati perasaan kami sebagai rakan, family atau waris arwah..
shahir,
saya dapat bayangkan apa perasaan awk secara tiba-tiba kehilangan seorang kawan baik.. sy juga rasa sebak bila baca luahan awk.. sy pasti kawan2 yg lain pun dpt rasakan yg sama.. harap kita semua diberi kekuatan untuk semua ini..
aduh..ini cerita buat pengajaran..bukan buat menilai spe salah spe betul, spe ego spe x..ni la die sifat org kita..yg xde kne mngena pn besungguh mngomen bagai nk rak..padahal die pn xde ktt situ..cerita pn based on spam mail yg xtahu ianye betul2 ikut situasi or dah ditambah2 atau rekaan melampau yg da belambak versionye..pd aku ini cerita bg sedar kita supaya lebih berhemah bwk keta..dan slalu igt nyawa yg ade skali dlm keta..
http://www.facebook.com/help/contact/?id=228813257197480
tuan tanah..sila isi maklumat tu untuk tutup akaun FB arwah...
to all: nak pecut laju macamanapun, amalkan DEFENSIVE DRIVING..
As-salam....sy adalah friend kpd mama arwah nani,istri kpd arwah kimi. Sy knl arwah nani sjk dia skolah menengah di titiwangsa. Stp kali lps skola arwah nani akn stay di office mama dia dn pulang bersama2 mama dia. Enough!!!...stop to talk about org yg da takde...sedekahkn al-fatihah buat arwah kak shila,arwah nani dn suami.Ahmad uzair...auntie akn senantiasa mendoakn hidup uzair selalu dlm peliharaanNya...amin
saya setuju jika ac fb arwah ditutup...bukan aper...ade gambar arwah isterinya tidak menutup aurat...maaf ,sekadar pendapat saya.
Dah meninggal pun ... kalau masih hidup, bila nak buang gambar bukak aurat .. tau sgt bukak aurat tu salah , baik pi nasihat yg hidup2 yg dok buh gambar lam fb tu .. nak tduh ke nak fitnah ke nak backing ke ... rasanya baik duduk diam jer , kita pakat sama sama jaga sekitar kita sudah
saya berasa sedih teramat sangat,isteri arwah pernah menjadi adik angkat saya, saya hanya pernah berjumpa arwah sebanyak 3 kali. Namun hubungan terputus kerana masing-masing mempunyai komitmen.awal tahun ini dia ada kirimkan e-mel kepada saya bahawa arwah sudah bersuami dan mempunyai anak dan sangat bahagia dan memaklumkan ibu yang dikasihi sudah meninggal dunia.Namun saya amat terkejut bila mendapat mesej berantai. Ya Allah "adik" rupanya patutlah pada masa terdekat sebelum mendapat tahu kematian arwah saya sering teringat akan arwah dan tertanya-tanya bagaimana keadaan arwah. saya merayu usahlah dipanjangkan siapa yang bersalah dalam kes ini marilah kita berdoa semoga kedua2 arwah dirahmati rohnya. Moga babynya akan dilindungi dan dipelihara oleh Allah sehingga dewasa. Saya juga akan sentiasa terkenang arwah, tolong juga buangkan segala gambar arwah yang tidak menutup aurat kerana sebenarnya saya bersyukur kerana dia pernah maklum kepada saya bahawa di sudah menutup aurat. Terimalah doa mewangi daripada "abang angkatmu" moga kita akan berjumpa di akhirat dalam keadaan bahagia dengan rahmat Allah kerana hanya Allahlah yang menentukan siapa yang dikehendali memberi ihsan dan rahmatnya.
saya sokong Aznee..saya geram sgt dgn mereka yang buat2 cerita ni..masa dpt tahu arwah meninggal kami satu family tak boleh nak tidur malam. saya tidak kenal arwah, tapi pernah jumpa sekali je..di kenduri kawin sepupu saya (bainun81..suami sy juga bainun81)
Aznee ni Jonny ye?? saya Dilla Jalil isteri kepada Apeh (pongek) :)
Kita sama2 doa utk arwah..last week dilla pergi rumah linda..pnjg lebar kitorg bercerita)..sedih ;(
yang baik jadi kan teladan..jgn bebankan org yg telah tiada..ade hikmah di sebalik semua yang terjadi..dan ALLAH MAHA mengetahui pe yang telh die cipta..jadi berhentylah berkate yang kurang enak mengenai arwah dan isterinye..moga rohnye bersame insan2 yang beriman...al-fatihah
Al fatihah tuk arwah. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Ajal maut ditangan tuhan.
Al Fatihah.sy dh baca pelbagai versi. Ajal maut ALLAH yg tentukan. Kebanyakan pemandu2 kenderaan besar ni slalu pentingkn dri sendri. Bawak laju,nk tkar lane sukati je,signal xnk bg, lampu blalng x nyala@ kelam je.
salam...
al-fatihah untuk arwah suami isteri...
terus terang,pertama kali baca kisah tu,tak terdetik langsung nak salahkan sesiapa tapi rasa takut dan sangat sedih dengan anak diorang...
Allah sayangkan diorang,sebab tu Allah jemput diorang dulu...
tentu diorang ni orang yang baik2,kan...
apepun,saya doakan mereka ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan anak mereka akan jadi anak soleh dan cerdik pandai seperti ayah dia...amin...
Tak perlu kita beritahu, yg si mati adalah yg baik, atau si mati adalah yg buruk... apa yang baik adalah di mata manusia sahaja, mana yang buruk hanya allah yang mengetahuinya.
Apabila ade si mati, kita hanya perlu berdiam, dan memberi doa agar ia ditempatkan org-org yang beriman, ingatlah kita semua akan pergi tinggalkan dunia juga....
http://www.ohtidak.com/oh-kisah-menyayat-hati-disebalik-kemalangan-di-lebuhraya-lpt/
versi ni cmne plak?
ape2 pon alftihah kpd arwah semoga d tmpatkan di klgn org2 yg beriman..amin
Apasal la sume duk salahkan keter.. bukan ke BAS tu jadi punca kemalangan tu ke...??
al-fatihah...smge roh arwah suami isteri dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat org y briman. insyaallah..
salam....
benda yg berlaku mmg dah tertulis oleh yg maha kuasa...
doakan semoga arwah dan istri ditempatkan dalam golongan org yg selalu tinggi disisinye,,,,
semoga se kecik terus dididik menjadi anak yg soleh n penunggu di pintu syurga nanti,,
takziah untuk keluarga arwah dan si kecik
salam dari bogor Indonesia,,,
cukuplah.. bagi mereka yang tak kenal, yang tak tau hujung pangkal janganlah terus-terusan dengan spekulasi sape salah sape betul.. arwah dah pun selamat dikebumikan..
Al-Fatihah buat arwah.
Alfatihah untuk Arwah kedua- duanya...
Salam...
saya sangat2 setuju dgn kenyataan anda yg mna:
"Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat"
Sepatutnya kita terima takdir seadanya. Memang dah takdir. Kenapa nak pertikaikan? Yang bercakap tu silalah hulurkan bantuan kepada anak arwah. Lagi elok.
Sekian, Al-Fatihah buat arwah.
Takziah dan alfathihah. Title should be FACT, bukan FAKE. FAKE bermaksud Palsu.
Saya rasa yg bersalah di sini bukan kenderaan di laluan kanan (lancer/inspira) tersebut. Kerana yang sy faham kemalangan terjadi kerana bas menghimpit ke kanan, so tidak ada kaitan dengan kena cucuk atau tak. Laju mana pon kalau nampak ada kereta didepan, masih boleh memperlahankan kelajuan. Masalah timbul bila kenderaan menukar lorong tanpa berhati-hati dan tidak memastikan laluan kanan selamat. Sy pon pernah kena bila tiba2 kenderaan lain masuk ke laluan sy. Respon kita biasanya akan cuba mengelak ke kiri atau ke kanan. Nasihat saya, kalau sempat brek tanpa memutar stereng ke kiri atau ke kanan untuk memastikan kenderaan tak berpusing dan lebih senang dikawal.
boleh nak tau tak arwah dulu skolah rendah kat mana?
semoga Arwah tenang di sana...
kepada semua..silalah singgah ke belog baru saya:-
http://diyrahman.blogspot.com/
semoga Arwah tenang di sana...
kepada semua..silalah singgah ke belog baru saya:-
http://diyrahman.blogspot.com/
Mne gambor nyer???
Ajal maut d tanggan allah..
Post a Comment