22 June 2014

Kesempitan Hidup vs Hidup Berperikemanusiaan

Satu Malaysia gempar dgn penemuan adik Firdaus yg OKU semasa operasi mencari PATI di Nilai. Adik ni memang bernasib baik sbb dijumpai oleh Pengarah Imigresin semasa operasi tu..

Keadaan dia yg kurus kering, berbaju reput, rambut serabai dalam bilik yg Kotor dan bernajis memang menyayat hati.. Bila tgk video masa operasi tu mmg sedih rasanya melihat keadaan dia mengesot keluar dr bilik.. MasyaAllah urut dada terus! Kenapa teruk sangat?

Harini tersebar gambar selfie emak kpd Adik Firdaus.. Cantik orgnya.. Sebelum lihat gmbr tu saya baca statement emaknya yg mengadu kesusahan hidup.. Tapi bila  tengok gmbr maknya berselfie membara terus rasa hati ni.. Sampai hati buat darah daging mcmni.. Bila tgk gmbr adiknya yg umur 7 thn sihat sahaja berbanding mangsa lagi rasa marah..

Rasanya ramai juga org susah diluar sana yg Allah duga mempunyai anak istimewa tapi tetap layan dan jaga dengan baik.. Mungkin emak mangsa tak sedar syurga depan mata sedang menanti tetapi dia tetap memilih jln yg lain..

Semoga ibu ini akan insaf dan sedar.. Syukur sbb Malaysia ada Jab.Kebajikan Masyarakat yg menjaga anak2 ini.. Semoga mereka yg diberi amanat ini diberikan ganjaran yg besar..

Adik Firdaus semasa dijumpai oleh pasukan Imigresen.

Kanan gmbr Adik Firdaus sebelum ini.

Ibu dimana syurgamu ibu??

0 comments: