25 April 2014

Shot Getaway @ Avillion Water Challet, Port Dickson. (Part 2)

Last Day at Avillion

Sambung tengok gambar lagi di Avillion PD..
Yang mane rasa2 nak survey tarikh, boleh terus ke website http://www.avillionportdickson.com/
Bole booking terus date dan bilik2 yang korang nak.. senang kan?

Saat yang paling berharga iaitu berkesempatan bersolat dhuha di sini.. Di tepi bidai laut..


Itula pangkin daybed tu.. Ngadap ke laut uolls..

Itu pulak balkoni tempat melepak.. Sengsiang ai tak lepak la luar tu pasal ai dah cukup hitam dah... Huhuhu..

Sila abaikan dugung ai yg seksi itu okey!

I like tingkap ni.. So oldies..

Ok. Harini baru berpeluang nak bergambar2 dengan sekeliling resort ni..
Yang paling best kat sini sebab ada mini zoo.. Burung merak ni memang dibebaskan.. Rasanya ada 2 ekor.. Burung merak ni bila dia rasa diancam, dia akan kembangkan ekornya.. Kebetulan ktorng lalu masa tu, jadi ambil peluang shoot gambar..

Masha Allah cantik sangat!

Abang Kash buat2 sergah dari belakang jadi burung merak ni bergerak ke depan.. Betul2 datang depan kaki ai.. Ayooo... Bestnye... Kalau pergi taman burung pun, dapat tengok dalam sangkar je atau ada benteng pemisah... Ini lagi ngam!

Hahaha.. What's up dude!

Payung ni staff resort akan bukakkan waktu pagi..Yang sebelah kiri tu la bilik ktorg..

Ini tempat lepak petang.. Minum2 orange juice ke... Mengadap ke pantai..




Ok. Pastu ktorng jenjalan guna tracking jogging menghala ke mini zoo dia.. Rupanya bahagian belakang resort ada 2-3 sangkar besar mcm2 jenis burung... Humm.. Bestnya dengar bunyi burung menyanyi..

Yang ni ktorang lalu belakang mini zoo.. see burung ni pun dilepaskan.. Sempoi tak? Bebudak confirm suke sesangat!

Inilah sangkar utk feeding ayam, burung, arnab etc.. Boleh masuk dalam ok! Parents boleh temankan anak-anak masing2.. And ada staf yang akan bertugas akan tlg guidekan..

Tengok rabbit berkawan baik dengan ayam katek.. Dalam kolam tu ada kura-kura sekalik!

Budak2 pekan sekarang mane nak merasa mcmni kan? Tanah pun xde.. Duduk tingkat atas, bila berpeluang mcmni memang satu pengalaman yg baru..


Ayam ni berkokok kuat dowh.. Tak padan dengan kateknya...

Me as well taken the chances..

Bird Feeding?? Nope.. It's a SQUIRREL FEEDING...
Hahahaha... Tupai pun bole bela kan? Dasat dasat..

Patutla semalam masa breakfast kat tingkat atas, nampak tupai ni mcm ajak borak2 jer kat sebelah meja.. Bertegur sapa dengan ai.. Dia ingat ai ni kawan dia kot... Huhuhuu..

Ok. Tetiba macam ada kat Melaka.. Ada kereta lembu ni... I like gambar ni sebab nmpk mcm kaki ai panjang aje kan? Hehehe.. Terasa meninggi sekejap...
 
Eh kereta lembu ke? Kereta kuda? Ke kerbau?? OMG!!
Tak tau ... Hahahaha...

Okla masa untuk pulang... Kita basuh kaki.. Kemas barang.. Tido sejam sat pastu start your engine!!

Bye Bye PD... Bye Bye Avillion!!

Memang best!
Lain kali nak try Garden Challet pulak lah!

0 comments: