Ktorng "earger" sangat nak masuk! Orang Perak kata "ingke"... hehehe.. Biarlah lebur sorang RM10, asalkan boleh masuk dalam.. Bukan apa, kita dah datang jauh2 naik belon semua, xkan nak buang lagi RM10 pun tak nak kan? Last2 nanti RM10 tu habis juga ntah ke mana..
Jadinya memang ktorng masuk! Yeay!
Rumah terbalik ni actually baru aje launch last year iaitu 2012.. Jadi, mungkin sesiapa yang dh ke KK sebelum2 tu tak berkesempatan nak ke sini.. Best tau dan special sebab Rumah Terbalik ni hanya ada 1 sahaja DI DALAM MALAYSIA!! dan yang ke-3 di dalam ASIA...
Jadi, korang faham tak valuenya macamne? Hum.. Sangat sangat sangat rare, kan? Hehehe.. Kalo yang negara lain tu, mungkin dorg buat ikut culture dorang masing-masing.. Rumah yang ni ikut culture di Malaysia.. sangat menarik!!
Korang just imagine isi rumah korang yg dalam terbalik!
Kipas di lantai! syiling di lantai!
Tivi, katil, pc, laptop, kerusi, sofa, mesin basuh, mesin jahit, toilet bowl etc... semuanya duduk kat atas.. Sangat so sweet bila tengok kucing yang tengah tidur atas sofa pun dalam keadaan terbalik.. OMG!! Comelnya.. Macamne you boleh tidur terbalik tu sayang?
Note: Sesiapa pun tak dibenarkan amek gambar isi perut dalam umah ni.. Of coz la sebab dia nak jaga value umah ni, kan? Jadi, kalo korang nak tengok, korang kena datang KK dan masuk sendiri ke rumah ni... Itu yang MAHAL sebenarnya..
Kami hanya boleh amek gambar dari luar sahaja..
Yang ni pun di bahagian luar Rumah Terbalik, ada Kereta Terbalik!
Tengok dalam kete tu, macamne teddy bear tu di susun dalam keadaan terbalik jugak.. Nice kan?
Dan macamne dorang "hang" kereta tu... ???
Gambar bahagian sisi kiri Rumah Terbalik!
Ada 4 tingkap, kesemuanya bilik yang berasingan dan berlainan deco.. Oppss bilik yg tingkap paling kecik tu adalah jamban ataupun bahasa sopannya tandas!
Ini adalah tangga masuk ke Rumah Terbalik.. Disebabkan tak lama lagi nak Krismas, jadinya dorg deco ikut tema Krismas!
Oya.. teringat! Ktorng tak amek gambar dengan Snowman Terbalik! Alaa.. ruginya sebab bizi beli tiket, ramai sangat orang nak masuk, okey!
Setiap satu kumpulan yang masuk sini akan pukul GONG! sebagai tanda Selamat Datang menggunakan tradisi orang Melayu! Pemandu Pelancong dia pun pakai kain batik aje kau.. Aku kat umah pun tak mampu nak pakai.. Inikan pulak kat luar.. Huhuhu...
Pandangan sisi sebelah kanan Rumah Terbalik.. Nampak tak kereta sorang, penyapu sampah, cangkul, pasu bunga dan pokok pun terbalik!
Ronda2 dalam rumah dalam 15-20 minit.. Semua waaaah... waaahhh... waaaahh..
Benda yang paling berat digantungkan adalah mesin jahit.. Aku x ingat berapa kg.. Kalo tak silap dalam 8kg la.. Itulah barang yg paling berat dorang gantungkan.. Dasat kan?
Ok.. lepas tu, keluar dari rumah...
Kami jumpa Taman Terbalik pulak!
Bunga orkid!! OMG!! Mak saya paling suka nih! Hehehe.. Excited sangat dia..
Then, jumpa ni pulak!
Jamban Terbalik!!
Hahaha.. giler kalo betul terkeluar cebisan dari lubang tu... Huhuhuu...
Dan yang ini gambar last sebelum keluar dari Rumah Terbalik!
Actually aku pening kepala dah time ni.. Yela, semua benda pun terbalik.. Memang pelik rasanya.. Tapi ini pengalaman pertama dan baru dan sangat sangat sangat susah nak dapat kan?
Kesimpulannya, aku bagi 5 bintang!!
Dan ktorng sangat2 enjoyies di sini!!
p/s: kelakar pun ada tengok ktorng pakai seluar track seharian.. Giler kat Perak idak macamni.. Pergi KK bole pulak mcmni.. aje teruk beno.. Ini semua sebab nak mandi kat Hot Poring!!
Okla nanti sambung citer tempat lain lak yea.. Semua post nanti xde sequence yang betul tau masa ktorng di KK.. No itinerary!! Just membantu spesific tempat2 yang korang boleh lawati di KK... hehehe
0 comments:
Post a Comment