17 December 2013

Kiram's Village Challet di kaki Gunung Kinabalu

Pertama kami melihat gambar-gambar di website Kiram's Village, aku dah memang jatuh hati.. Setiap hari rasa melonjak-lonjak nak ke Kundasang..

Salah satu sebab kerana dikelilingi ratusan spesis bunga di challet nanti.. Keunikan challetnya dalam bentuk "cottage" dah sememangnya membawa mood "oversea" seperti di Barat..

Emak antara orang yang paling "happy" bila sampai di sini.. Jangan kira aku dan adik aku.. Hum.. Seronok sesangat!

Actually kami sampai jam 6.30 petang.. Waktu ni cuaca dah gelap sangat seperti jam 8 malam di Semenanjung Malaysia.. Berdebar jugak hati ni sebab jalan agak sempit dan curam.. Ditambah pulak dengan hujan.. Jadi perjalanan kami jadi lebih lambat.

Masa sampai di sini, kami dah risau sebab kat mana nak makan malam.. Tengok sekeliling dah macam pekan mati.. Jadi selesai check-in, kami tanya tempat makan yang berdekatan. Rupanya, challet ni memang menyediakan makanan panas dan goreng-goreng.. Jadi, Alhamdulillah.. Tak payah kita keluar..

Tengok di cafenye, xde sorang pun yang menunggu.. Hahaha... Sama lah macam kami.. Semua berkepompong di dalam challet sebab sejuk sangat! Masha Allah sampai ke tualng sejuknya.. Kalo korang nak ke sini, janganla malas2 nak bawak baju sejuk.. Memang korang membeku la jawapnye.. Hehehe.. Sejuk dari Genting kot!

Menantu ajak ayah pilih menu...


Lepas makan malam, ayah n abg kash memanaskan badan kat luar.. Biasala geng isap rokok.. Huhuhu.. Seronok aje tengok dorang melepak kat pangkin luar.. Jangan harap aku nk join, pintu terbukak pun aku dah marah.. Hehehe..

Kami pilih "Cabbage".. Jadi ada 3 bilik dan boleh fit sampai 12 orang.. Hum... ramai boleh masukkan? Dapur ada, peti ais, shower, heater, tv.. Selesa la.. Cuma kalo nak astro, kena tambah RM20.. Kami amek ajela, dah awal2 malam xde aktiviti nak buat.. Bosan la kalo xde astro kan? huhuhu...

Esoknya jam 5pagi aku dah bangun.. Konon nak bangun kul 4.30 pagi tapi x lalu la.. Sejuknya ya amat! lepas solat subuh, nak jenjalan kat luar challet nk tengok matahari terbit! Hahahaha.. gagah perkasa aku bangun awal sepiee...


View dari depan challet ktorng.. MashaAllah..

Dalam jam 6.40 pagi, matahari dah keluar.. Jadi Gunung Kinabalu nampak kemerahan.. 

Mula-mula, aku dengan mak aje yang meronda sekitar challet.. Yang lain, tak lalu nak keluar dari kepompong.. Bergulung dalam selimut.. Masha Allah.. Terima kasih Ya Allah sebab Kau berikan aku peluang melihat keindahan alam ini.

Jalan sampai hujung challet.. Haa, masa ni Abg Kash dah join ktorng... tetiba jadi tourist guide laki aku ni.. Katanya ada jalan tracking untuk naik ke kaki gunung dari challet kami.. Actually dah dekat sangat sebenarnya challet ni dengan kaki gunung KK... Mesilou ni antara salah satu port untuk pendaki2 memulakan perjalanan..

Pintu gerbang pun dah cukup klasik dah.. Aku rela duduk suasana kampung macamni dari di hotel2 mewah.. Hati ni lain!

Bukak2 mata, nampak terus bunga macam ni.. Sejuk rasa mata, sejuk rasa hati ni...

Muka masing2 naik merah.. Sejuk sangat kot!

Rasa seperti di New Zealand :)

Kemudian kami turun ke bawah kawasan challet menuju ke kaki gunung.. Waaahh.. pemandangan cantik, udara segar, rasa sihat sangat badan ni!

Akhirnya, itulah puncak Gunung Kinabalu. Gunung yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara :)

Bunga-bunga liar pun tumbuh subur..

Lalang pun tak kurang cantiknya.. Masya Allah..

Selepas bergambar, kami pulang balik ke challet.. Sambung sesi photoshoot..
Jangan jeles ok! Masa ni, adik aku si Sayang ni dah bangun dah.. Mak siap kol sorang ajak tengok puncak gunung KK.. bukan senang kan?

Sebab pukul 10, puncak tu dah ditutup awan.. Tapi masa hari ni, pukul 8.30 pagi puncak gunung dah ditutupi kabis sepenuhnya.. Kitorang menung tengok sama2 awan bergerak menutupi puncak gunung sikit demi sedikit..


Gambar fav aku! Tengok langit, biru aje...

Ni pun sama.. Background gunung tu memang lawa kan?

Ini lah cafenye... 

One of the challet :)

Challet kami sewa..

Dalam pukul 9 lebih, ktorng dah siap2 nak check out sebab nak jenjalan ke tempat lain pulak..

Kesian Nuar demam pulak masa ni.. Ada la jugak aku shoot gambar pengantin suam-suam kuku ni.. Tapi gambar dorang lawa2.. Muke aku jugak yang tak de... Huhuhu...

Kesimpulan:
Aku kasik 5 BINTANG!!

Yeay!!

0 comments: