17 August 2012

Selamat Hari Raya 2012

Selamat Hari Raya semua!!! Maaf Zahir dan Batin !!!

Semoga lebaran kali ni lebih bermakna...

Sama juga dengan kami.. dan aku sendiri rasa sangat best terutama Ramadhan kali ni...

Alhamdulillah niat kami untuk merebut seberapa banyak malam yang bole untuk bersujud bertarawih bersama-sama di kampung terlaksana... Inilah dugaan yang paling sukar memandangkan kami berdua bekerja mencari rezeki disamping mencari kebahagian yang datang sekali setahun di bulan ibadah ini... Walaupun badan penat bekerja, tapi kami gagahkan juga diri kami untuk berjemaah bersama di kampung...

Setiap hari rutin kami, pukul 6.30 ptg kami akan berangkat ke Batu Gajah.. Kadang2 kami berbuka di surau bersama jemaah lain dan kadang2 bersama family mertua di rumah.. Selesai solat terawih selalunya pukul 10.20 malam.. Abang Kash akan sambung bertadarus sehingga pukul 11.30 malam.. Kadang2 lajak sehingga jam 12.00 malam...

Kami akan sampai di rumah pukul 12.30 malam.. Dan aku akan bangun untuk sedia bersahur pukul 4.30 pagi.. Selesai bersahur, aku akan sambung buat kerja marketing depan pc.. Huhuhu... Kadang2 packing baju2 yang orang order dsb... Petang adalah masa untuk mengepos semua order yang diterima..

Alhamdulillah berkat rezeki yang Allah bagi juga, rezeki masih ada untuk kami walaupun waktu malam kami tak sempat untuk membalas semua email dan inbox... Semua pelanggan juga memahami.. Terima Kasih dan syukur sangat...

Lebih lagi syukurnya kerana Allah kurniakan aku seorang lelaki sebagai pasangan hidup yang mempunyai hala tuju yang sama.. Mengejar kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. Alhamdulillah..

Semoga hidup kita lebih berkat dan hati lebih tenang... Semoga kalian juga sama... Insyallah.. Amin...

Akhir sekali, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.. :)


p/s : gambar raya 2 tahun lepas.. saje amek mood muda remaja.. :)

1 comments:

sha said...

Selamat HAri Raya Maaf Zahir Batin. Jemput raya rumah aku

Featured Images

Image1 Image2 Image3 Image4 Image5 Image6 Image7
Related Posts with Thumbnails