11 May 2012

Tribute to : Kimie Rabudzi

Walaupun dia telah pergi, tapi gambaran memori masih lagi kekal..

Sejak arwah Kimie Rabudzi pergi, semua memori bersama kembali semula.. terutama sekali sewaktu di dalam kelas, di dalam prep (siang malam), di sekolah, alumni, gathering etc..

dan paling terberkesan... adalah memori semasa kami sama2 nak membangunkan group Alumni Batch 81 @ batch kami yang SPM 1998.. yang mulanya kami namakan Bainun81 sebelum bertukar kepada SUPERB81.. arwah tak pernah berkira setiap melibatkan alumni samada dari segi masa, duit, tenaga, kemahiran, usaha etc... semuanya, dia rela tanpa sebarang alasan. Kami berdua incharge bahagian IT dan data sebab kami berdua ada background IT dan dua2nya pun rajin online 24hours..



untuk menjayakan group kami ni, macam2 usaha yang kami buat.. meeting sini sana:- kat kedai kopi, kedai makan, shopping complex dan termasuklah opis arwah sendiri kerana kelengkapan lengkap untuk bermesyuarat... kami bermusyawarah dari siang sampai ke malam.. selesai solat, sambung lagi...

semasa kami semua bujang, batch kami memang aktif... macam2 aktiviti kami anjurkan semata2 untuk merapatkan semula hubungan walaupun dah terpisah dari zaman persekolahan...

aku tak mahu letakkan semua gambar arwah secara individu sebab terasa sedih sangat... tapi, bila aku tengok gambar kami secara berkumpulan, sekurang2nya aku bole tersenyum semula bila ingatkan semua kenang-kenangan tu, walaupun ianya pedih... sebenarnya, gmbar2 inilah pengubat hati kami dan mengingatkan semula kami semua atas segala jasa dan usaha arwah semasa hayatnya...


SPM 1998


2005 - First gathering @ Gazebo.

 Jan 2006 - Gathering di Bukit Merah Lake Town Resort

Aug 2006 - Gathering di Alor Pongsu, Sungkai.

2006 - Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun Ipoh


2008 - Iftar di Cerana Restaurant, Cheras.

 2008 - Bowling Tournament 

2009 - Bainun81 @ Kadok's Wedding

 2010 - Sambutan Jubli Perak di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Bergambar bersama-sama DYMM Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun guru-guru, staf dan Alumni Bainun.


 26 Jun 2010 - Sambutan Jubli Perak SMKRaja Permaisui Bainun di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

 2010 - Dinner Bainunalumni di SMK Raja Permaisuri Bainun


 all the boys sure lebih terasa.. life di hostel biasa la.. siapa la kita tanpa kawan2... siang malam adap muke yg sama, tapi ntah kenapa tak pernah jemu... just enjoy the time...

 batch kami dulu memang hebat bab2 nyanyi2 ni... ramai yg teror main gitar... arwah pulak mmg suara sedap, selalu jadi singer...

oya, arwah Kimie dulu adalah ketua pelajar yang digelar Ketua Umum.. dan dia salah seorang pelajar cemerlang sekolah kami... dan buktinya, nama arwah tercatat di dewan sekolah sebagai Ketua Umum. semoganya ianya menjadi kenangan buat semua.

sekurang-kurangnya, jika Boolat besar nanti... Boolat tahu yg abahnya sangat baik dan berjasa orangnya... dan dia tahu semua orang sekeliling menghargai jasa abahnya...

6 comments:

Xira / Ady said...

Arwah Kimie mmg member yg baik bangat. Suka nyanyi lagu hindustan...semoga beliau & arwah isteri Nanie ditempatkan dikalangan orang2x yg beriman...Al Fatihah

Elin said...

kak..sedih la bila dgr berita arwah meninggal and tgk paper aritu. Walaupun kawan hatta..tp sy yg emo lebih. penah jumpa dgn arwah ms zaman muda2 ikut hatta gathering ngan geng2 bainun. Bila bc cerita accident tu and terkenangkan bb diorg..asik nak menangis jer..da la tgh pantang ni..huhu. Semoga arwah dan isteri ditempatkan bersama golongan yg beriman..amin. Al fatihah..

a.z.n.e.e said...

@xira,
betul... sgt sedih bila org pandang seraong ttg dia dan dorg judge arwah tanpa kenal siapa dia yg sebenar.. semoga mereka berdua tenang di sana..

a.z.n.e.e said...

Elin,
aah.. kita kan sama2 ada masa gathering kat sngkai tue... mmg sedih bila mengenangkan anak dorg yg ditinggalkan.. semoga dia jadi anak yg baik..

MinniMittiNoize said...

Alfatihah utk arwah. Sedey sgt bile bc berita ni kt paper aritu.
Hope bb sihat2 aje. Tringin benar nk tawu camne bb skarang

Anonymous said...

assalamualaikum saudara/i AZNEE...

saya lt. mohd hafizi dari stesen udara APMM subang berniat untuk bersedekah kepada anak arwah sahabat anda, malangnya gagal menjejaki anak arwah yg kini dijaga waris. kalau ada minta kerjasamaa saudara untuk hubungi saya di alongfida@yahoo.com atau 012-6706469.

saya menangis bila membaca berita tentang anak arwah yang kini yatim piatu dan kesaorangan...

minta tlg sangat2 ye saudara/i...

terima kasih...
semoga Allah dapat membalas jasa anda...