13 December 2011

Karnival Bank Rakyat 2011

Hahaha.. Aku tgk entry aku agak boring dgn ayat skema dan tajuk sesuai untuk Pakcik Google jer.. hehehe.. 


So, aku larik sket dari ayat dan gambar tak skema.. Hehehe.. Harap korang tak boring la...


Kita tengok gambar masa ktorng kat Karnival Bank Rakyat di Ipoh 3-4 Disember yang lepas... Actually, memori indah tu masih lagi belum lekang dari kotak ingatan.



Gambar ni semasa selepas majlis perasmian.. Sekumpulan bos-bos besar Bank Rakyat ke booth Kashfee Anggun yang diketuai oleh Dato' Kamaruzaman Che Mat.

 Tidak berhenti di situ, nampaknya Songket Moden berjaya menawan hati seorang suami untuk 
dihadiahkan buat isteri tersayang... Bertuah badan :)


 Selanjutnya, pagi itu juga Jaafar Onn melawat ke booth-booth terpilih.. 
Nampaknya kami diinterview juga.. 



 Adik saya yang rajin menjengah ke booth kami sebelum ke majlis kenduri kawen kawannya :)



 Sebelah petang.. Kunjungan adik comel ni dengan mak, kakak dan sepupu2nya ke booth kami.. 
Tak sangka boleh terborong Songket Moden ek.. Nasib baik bawak duit!!



 Mak tak puas hati.. Testing testing dulu... Adik jadi model ek... 



 Sebelah malam.. Ada konsert!!
Penyanyi undangan AC Mizal, Adam AF, dan M.Shariff



 Aktiviti keesokkan paginya di khemah berhadapan kami..

Pertandingan memasak untuk kanak-kanak dan dewasa.. Sangat hebat!!


 Hehehe.. Malam tadi akak borong dua dah.. Arini sambung lagi usha2...


 Tengok, Berkenan dan Beli Terus!!

Jangan tungu lama2, nanti melepas! Hehehe



 Tengok... Crowd memang ramai walaupun cuaca tak ok...


Kunjungan emak, makcik dan Aeb ke booth Kashfee Anggun tanpa diduga.. Paling best sebab pakai Songket Moden.. semua orang pandang2.. jeling2.. Hehehe
.Emak pun tolong sama jual SongketModen..

Pengalaman yang memang best dan tak kan dikutip di mana-mana tanpa melaluinya sendiri...

Alhamdulillah syukur atas rezeki dari Allah ini...

Dan ini adalah warna-warni SongketModen

:)