28 October 2009

sungai makan orang v2

semalam aku n mak sempat bertandang sekejap di tempat kejadian,.. nak tgk sendiri dgn mata kepala sendiri dan dgr cerita sebenar...


jalan utama kampar-ipoh memang sesak sebab ramai yang turun ke kuala dipang.. pembetulan bukan pos dipang... ini kawasan orang melayu dan bukan kawasaan org asli seperti mana ramai orang sangkakan... kalo tanya aku pos dipang katner, aku pun xpernah sampai... jauh kat ulu banat.. kuala dipang adalah di jalan utama.. kalo dulu, orang panggil jalan ni 'highway lama' sbb ini sahaja jalan raya yg elok dan utama...
kebetulan aliran sungai kampar akan lalu di jambatan di jalan utama ni.. dan sorg mangsa terjumpa di area sini... so, jalan utama ni jadi sesak...


di bawah jamabatan ini la dulu 'rusa' dijumpai... sedangkan sudah puas pasukan penyelamatan mencari... 'rusa' jatuh disebelah penghalang bertentangan...


jambatan ni 50m sahaja dari umah agam aku...

kemudian, aku n mak terus ke sekolah sebab cuaca mulai hujan renyai2...




... jalan raya sibuk di hadapan SK Kuala Dipang, Kampar..




kebetulan setiba di sana, Raja Muda Perak yang berpayung kuning hendak berangkat pulang...

...Pintu utama ke Pusat Ko-kurikulum tersebut ditutup untuk orang ramai...

...keadaan jambatan gantung yang roboh di seberang sana... jambatan baru ini menggantikan jambatan lama yang baru siap dibina 2 minggu yang lepas...

... jambatan tersebut tidak patah di tengah, terputus atau sebarang andaian yang lain... tetapi tapak tiang terbongkah ke atas tanah dari pasak yang dibuat...

pun ade jugak???!!!

... kawasan pusat ko-k ni memang menarik... pemandangannye cantek...

Pakcik Rosli, jaga sekolah yang telah menyelamatkan 9 orang murid yang lain bersama seorang guru yang nyaris maut akibat tersepit di celah kabel... paha guru tersebut cedera parah... Pakcik Rosli berjuang nasib dan nyawa demi orang lain tanpa sebarang life jacket.. sehingga petang semalam pakcik Rosli masih xdapat melelapkan mata kerana terbayangkan tangan2 yang terlepas dari pautan kabel...

menurut pakcik Rosli, dia bersama seorang rakannya pakcik Mail yang terjun menyelamatkan mangsa.. satu persatu mangsa hanya mampu dicampakkan sahaja ke tebing... sehingga tinggal 4 sahaja lagi mangsa yang tertinggal, pakcik rosli sudah habis tenaga.. selepas itulah seorang murid cina tidak mampu lagi bertahan dan melepaskan pautan kerana arus deras... diikuti murid yang lain... namun, murid cina tersebut timbul di tempat lain dan mampu diselamatkan walaupun lemas...

... penantian seorang bapa yang anaknya masih belum dijumpai.. gambar ni secara tidak sengaja aku ambil sebelum aku tahu anaknya adalah seorang mangsa yang hanyut... sayu sangat hati tengok muka uncle nih... sebenarnye aku sanggup nak ambil gambar dia...

pakcik aku, selaku Ketua Pemuda UMNO Kampar dari pukul 11 malam kejadian masih setia disana...

Antara faktor penyebab kejadian boleh dibahagikan :


1) Bicara Logik Akal

  • Konkrit tapak tiang jambatan gantung x kukuh.. ataupun xcukup dalam untuk tampung muatan dan panjang titi gantung tersebut.. tiang yang besar dan berat dari tiang yang dipasak... dikatakan jambatan ini teah disponsor katanya..
  • Murid2 kalo dah lepaskan mmg susah nak kawal tambah pulak bile dgn kawan2... dikatakan murid2 cina yang melompat, bergayut dan menggoncangkan jambatan tersebut.. kebetulan di tengah jambatan adalah murid2 india dan cina... dengan purata berat masing2 35kg x 30 org.. memang dah sangat berat!!!

2) Bicara Mistik

  • Sejak dahulu sungai Kampar memang terkenal kerana sudah ada 'pemilik'nya.. dulu mereka gelar 'buaya putih'.. walhal itu adalah jelmaanya.. mcm yg dlm post aku yg lepas.. kes 'rusa' tuh, ianya menjelma sebagai kerbau.. walhal tiada kerbau sebenarnya...
  • org kampung lama sebelum ini tiada yang berani bermain2 atau bersuka ria di kawasan tue.. sbb ianya mmg 'keras'..dan sedia maklum ramai yg sudah menjadi korban.. setiap tahun ada sahaja peristiwa yang berlaku..
  • kata pakcik Rosli, jaga sekolah SKKD, semasa jambatan runtuh, ketika itulah juga air sungai membuak2 naik... walhal hari biasa ianya hanya diparas lutut sahaja.. ada dikalangan guru yang ingin terjun untuk menyelamatkan murid.. tetapi dihalang oleh pakcik Rosli kerana hanya orang yang biasa sahaja yang boleh turun ke sungai itu..
  • sorang makcik iaitu orang tempatan di sini pun sentiasa berpesan kepada anak2nya supaya sentiasa jangan ingke (seronok sampai x ingat dunia) sangat... kerana mgkn mengganggu makhluk yang lain..
  • "murid2 malam tue mmg ingke sangat... bergayut macam beruk..." itu kata saksi...

p/s: wallahuaalm... malang memang tidak berbau... tapi kejadian ini pun mgkn ada kaitan makhluk yang lain juga... kiranya tajuk post aku sebelumni bersesuaian lah dgn apa yg berlaku...

8 comments:

jejaka anggun said...

nampak sgt gue x tau apa2 dlm ini cherita. so dah berapa mayat kembung yg ditemui?

lan said...

ngeri jugak...

tempat tue cantek.. mesti ramai yg dh pernah guna kan? mgkn xpernah terfikir perkara ni akan jadi?

mastura said...

mistik itu yang mahal. tapi orang lebih percaya pada reality.

zafi said...

hmmmmm i was so sad when heard the news.... hope benda ni jadi tauladan untuk semua

a.z.n.e.e said...

jA:
xpe.. still boleh track berita kat utusan... hehehe..

lan:
yup tempanye mmg best.. itula biasala manusia.. tp itula..

a.z.n.e.e said...

mastura:
tp itu jugak reality kehidupan.. ade hidupan lain selain manusia, haiwan dan tumbuhan... kan?

zafi:
yup.. betul tue..

Cikgu ILi said...

Jonny...baru hari ni nampak post ko..
Puas hati aku baca report ko ni lebih pueh hati drpd baca paper atau tgk berita kat tv..
Tahniah Jonny..

a.z.n.e.e said...

ili:
hehehe.. ini sbb berlaku kat tempat aku... kalo berlaku kat tempat ko, aku pun serbu ko dulu... kita tukar2 info la... huhhu...