27 October 2009

sungai makan orang

berita pagi ni betul2 mengejutkan... ini bukan kali pertama kes sungai ni 'makan orang'... kalo orang asli di sini bile tengok air naik.. dorang akan cakap "hem.. sungai ni naik mesti nak makan orang.." itu kepercayaan orang asli... kita x semestinya percaya... tp itula apa yg terjadi, mgkn secara kebetulan...
kejadian malam tadi sangat dekat dengan umah agam aku... sedekat 5 minit aje.. siapa sangka jambatan gantung tue boleh putus sewaktu murid2 hendak supper... lebih kurang 35 orang murid yang sempat bergayut pada papan jambatan yang tersangkut... selebihnya hanyut dibawa arus...
aku sebagai cikgu yang ada ramai murid sebaya dgn mereka... memang berdebar2... walaupun sekolah aku x terlibat dengan program perkemahan tue... doa sahaja yang mampu.. semoga apa jua keadaan jasad mereka akan tetap ditemui... kalo tiada ajal bagi mereka, biarla mereka tetap ada kubur untuk dipandang...
teringat aku pada kes2 sebelum ni... kisah "Ops Rusa" yang diberikan oleh pasukan polis masa itu.. aku x ingat tahun brape masa tue.. kira2 lebih 10 tahun yang lepas... Sebuah Produa Rusa yang membawa sepasang suami isteri, anak kecil dan seorang bayi terhumban di dalam sungai berkaitan kerana hendak mengelak kerbau yang melintas pada tengah malam berdekatan jambatan Sungai Kampar...
hanya ibu sahaja yang selamat kerana tercampak keluar ke tepi tebing sungai... bayi, anak kecil dan suaminya hanyut di bawa arus.. pelbagai operasi mencari dijalankan... samada di kawasan berhampiran ataupun membuat jerat mengikut aliran sungai... akhirnya, mereka menjumpai rangka kereta hanya di bawah jambatan tersebut sahaja.. dicelah2 kayu di bawah jambatan... dengan pintu kereta yang terkuar, kelihatan jasad anak mangsa kerana memakai seatbell di sebelah pemandu... mengalir air mata sesiapa sahaja yang ada di sana...
suami dan bayi dijumpai di kawasan berasingan dengan perut sudah kembung...
isteri trauma dengan kejadian.. tetapi tidak kesal kerana dia sempat menyusukan bayi tersebut sebelum kejadian... semuanya sepantas kilat...
sama juga seperti kes bah di Pos Dipang.. Semuanya di sungai yang sama cuma lokasi sahaja yang berlainan... sungainya mmg sangat luas dan dalam... wallahualam apa yang ada di bawah sana..
sama2la kita berdoa... semoga operasi menjadi mangsa yang hanyut berjaya... doa yang terbaik sahaja untuk mereka...

6 comments:

Linda Hussin said...

Aku pn dgr crite ni pg td.. Mcm mana agak nye sekarang erk? Any news? Semua dh jumpa ke?

Mrs. Zuki said...

Aku dengar cite pasal kes lemas tu terus aku teringat kat ko...sebab 'kawasan jajahan' ko..
Sedihnya kisah Ops Rusa tu..

zafi said...

hmmmm
moga Allah cucuri rahmat adik2 tu...
:(

alfa juliet said...

aku tgk berita malam tadi....ntahlah ngeri lah plak..sapa lah buat jambatan tu...

a.z.n.e.e said...

linda:
ada 2 lagi yg belum jumpa..

ili:
org2 kat sini semua still igt lg kes 'rusa' tuh.. isterinya pemilik farmasi kat kampar nih..

a.z.n.e.e said...

zafi:
doalah buat yg terbaik utk mereka.. rsnya mmg tiada harapan lagi.. tambahan budak2.. mana tahan dgn cuaca sejuk yg lama tambahan tiada pengalaman dan panik, kan??

aza:
xtau la.. semua masih dalam siasatan..

Featured Images

Image1 Image2 Image3 Image4 Image5 Image6 Image7
Related Posts with Thumbnails