04 August 2009

virus

harini ntah dah berapa orang yg terkorban akibat jangkitan h1n1.. boleh dikatakan kita semua berisiko untuk dijangkiti h1n1.. memandangkan cara jangkitan adalah melalui udara, pernafasan dan sentuhan...

daripada info yang diperolehi, manusia normal berisiko dijangkiti 0.5% yang boleh menyebabkan maut.. dikhuatiri adalah kepada mereka yang mempunyai sakit kronik atau sebarang penyakit lain yang menyebabkan antibodi badan berada dalam keadaan lemah... sebagai contoh AIDS, kanser, lemah jantung dll... Namun, mangsa seperti kanak-kanak juga perlu dikhuatiri memandangkan antibodi mereka juga adalah lemah...

kalau dulu kita sering berfikir ringkas dan pendek bahawa kita sentiasa bernasib baik dan berfikir sepositif mungkin bahawa ianya mustahil untuk berlaku pada diri kita atau keluarga kita.. dari cara pemikiran inilah kadang2 menyebabkan kita sentiasa mengambil mudah dan tidak mempedulikan langkah berjaga-jaga...

selain melakukan langkah pencegahan yang diwar-warkan.. aku rasa agak penting juga kalau kita mengambil sebarang suppliment atau makanan tambahan yang boleh membantu mempertingkatkan ketahanan badan kita... untuk mengambil vaksin di hospital memerlukan belanjan yang besar iaitu rm300 untuk satu dos.. jadi, rasanya tidak salah jika sekarang kita berkorban sedikit dari wang kita untuk mengelakkan diri kita daripada penyakit maut ini...

minggu lepas, aku berjumpa dengan seorang doktor.. dia mengakui bahawa udara kita sekarang memang mempunyai tahap virus yang tinggi.. walau bukan virus h1n1, tetapi udara kita sekarang mengandungi virus2 yang lain... dengan kehadiran virus lain juga boleh menyebabkan badan kita lemah dan lebih mudah virus h1n1 menyerang tubuh badan kita...

hem... kalau difikirkan memang amat menyeramkan... tapi inilah masanya kita juga perlu membuat sedikit pengorbanan demi nyawa kita sendiri...

~|@a.z.n.e.e@|~

4 comments:

qistory said...

kalo ada seorang P.A.R yang bergaji bawah rm1000 dan mempunyai tanggungan seramai 6 orang macam mana ya?

Mrs. Zuki said...

Makk mahalnya wehhh...
Untungnya org yg buat cipta vaksin ni..
Selain drpd tu..ada ramai lagi yang buat untung daripada H1N1 ni..antaranya pengeluar mask, pengeluar produk pencuci tangan, pengeluar tisu..agensi pengiklanan..

Mr. Bambino said...

propose government sponsor vaksin kpd semua rakyat malaysia - utk keselamatan negara gak kan-lebih bermakna dari pasang bunga api pada mlm merdeka billion ringgit tau.

a.z.n.e.e said...

BALKIS:
mmg kesian la...

Ili:
itu org yg pandai ambil peluang namanye.. dia yg untung... huhuhu..

Mr.Bambino:
Agaknye ade ke lagi peruntukan bunga api tuh?? thn ni celebrate merdeka pun tak.. rusuhan banyak lak tuh..

Featured Images

Image1 Image2 Image3 Image4 Image5 Image6 Image7
Related Posts with Thumbnails