14 August 2009

h1n2 = hantu

salam..

aku xpunye banyak waktu utk menulis atau membebel arini.. dr ptg td bz di dapur utk kenduri tegak tiang esok pagi.. hanya kami sekeluarga sahaja yg hadir.. kenduri kecil utk tegak tiang seri rumah.. cukuplah asalkan ianya diberkati nanti..

aku rasa mgkn ade yg jadi konfius atau kurang faham dgn entry aku semalam.. walaupun ade yg xbagi komen, tapi aku terima sms2 ringkas.. harap maklum, entry semalam adalah utk konteks keadaan H1n1 yg sedang menular sekarang,.. bukan kontek sakit pening biasa yang common berlaku sebelum nih..

amarah aku bukan pada mereka yg mgkn berada jauh dr wabak atau mgkn dalam area "putih" atau selamat sekarang.. tapi aku bercakap tentang tempat aku sendiri yg dh mmg ade mangsa yg disahkan mempunyai sintom h1n1..

aku harap kepada yg membaca faham tentang kerisauan aku yg amat sangat... mgkn ade yg masih rasa keadaan mereka yg masih secured dr wabak nih.. aku pun xpasti.. sedangkan aku rasa dh tiada tempat yg spesifik selamat sekarang memandangkan ianya melibatkan seluruh dunia.. sehingga harini dh beribu org mati disebabkan kes ni..

walaupun kami (pihak sekolah) mulanya masih rasa selamat dari wabak nih.. tapi kami tetap bertegas dan mengajar anak2 murid tentang pelbagai langkah pencegahan.. setiap hari, guru bertugas dan guru PK akan berucap dan menyampaikan berita terkini tentang h1n1.. mgkn kita rasa hal ini remeh temeh untuk diberitahu pada budak berusia bawah 12 tahun yg majoritinya belum baligh... tapi sebenarnye impaknya amat besar... kenapa aku cakap begitu?? sebab aku tengok anak2 murid aku yg sekecil 6 tahun ni pun boleh mengamalkan langkah2 yg diajar.. contohnya, bersin dgn berlapik.. kemudian basuh tangan selepas batuk atau bersin, tidak berkongsi makanan atau minuman dan sebagainya.. kiranya mesej tue mereka boleh terima walaupun, ianya bukan aku org pertama yg menyampaikan mesej tue..

tidak berhenti di situ.. setiap pagi, aku sendiri akan uji suhu badan seorang demi seorang.. aku xnak tunggu peruntukkan yg diberikan kerajaan.. itu dah terlambat utk bertindak sekiranya sudah ada yg dijangkiti dan maut.. yg akhirnya masing2 menuding tangan ke hulu ke hilir.. nyawa kita hanya satu, bukan macam kucing yg ada 7 nyawa.. setiap kali mereka diuji, masing2 akan alert dgn beep dan keputusan pada termometer... walaupun langkah ini kecil, tapi anak2 ni boleh faham keadaan 'luar biasa' yg mereka alami ni... bukankah maknanya mereka faham dengan keadaan "bahaya" sekarang???!!

sebelum pulang, aku akan berpesan pada anak2 murid aku.. "jangan bermain di padang atau di luar.. jangan ajak kawan2 main kat luar.. kalau ibu atau bapa hendak ke tesco utk beli susu adik... jangan menangis atau meraung2 nak ikut mak ayah... duduk di rumah dgn kakak atau abang.. biar orang dewasa sahaja yg keluar.. sbb apa??? sbb kanak2 xkuat mcm org dewasa... kita kena jaga diri kita sendiri.. kena sayang diri sendiri supaya tidak saaakkiiitt.." hem...

dalam hal2 sebegini, kita sama2 kena bertindak.. bukan hanya pihak tertentu sahaja yg kena berusaha.. sebagai cikgu apatah lagi... anak murid lagi mudah terima kata2 guru daripada ibubapa... namun, ibubapa pula main peranan untuk praktikkan hal ni di rumah.. supaya anak2 ni xkonfius.. cikgu kata xboleh.., mak kata boleh... ayah kata ok... kalau boleh, biarla info nya sama dan seiring...

lagi satu perkara, setahu aku.. kalo sorang ahli keluarga diarahkan dikuarantin, satu keluarga perlu kuarantin juga.. bukan si pesakit sahaja dikuarantin.. kan??? so, xpayahla arahkan anak2 yg sihat ke sekolah... xkesian ke kalo org lain dijangkiti sebab kita??? xde rasa berdosa atau bersalah ker??!! hem... xtahu lah...

bagi mereka yg diarahkan tetap bertugas terutama yg terlibat untuk menanangi masalah h1n1.. semoga Allah merahmati usaha anda dan pengorbanan untuk melindungi orang lain... Insyallah niat anda didengari Allah dan dihindari dari wabak ini walaupun anda antara yg berisiko tinggi untuk dijangkiti...

oklah gtg.. nk rehat pulak.. xlarat nk berfikir dah.. serabut.. kadang2 aku rasa mcm aku sorg je yg berfikir utk org lain.. org lain hanya pk untuk diri sendiri.. wat penat je aku pk... uruskan hal sendiri sudeh... pandai2la labu..

p/s: aku dengar salah satu hospital besar yg berdekatan sini wadnye dah penuh dgn pesakit h1n1 sahaja.. xpela... aku pun nk try relax2 la jugak.. mcm org lain.. dengan harapan boleh memahami perasaan mereka yg relax dan sempoi walaupun nyawa di hujung tanduk..

~|@a.z.n.e.e@|~

2 comments:

Cikgu ILi said...

Bagusnya sekolah ko...sekolah aku jarang la tekankan psl h1n1..

a.z.n.e.e said...

tula.. katcini mmg hari2 dok citer dlm perhimpunan..atleast, aku pun jd alert jugak..