26 June 2009

Black or White

LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP

..Muka boleh di ubah... mati x boleh diubah..


p/s: arini hanya 8 org aje murid aku yg dtg sekolah.. Kusut jap kepala..
Xle nk berfikir sat.. So, aku juz paste aje artikel nih.. Huhuhu...

9 comments:

jejaka anggun said...

semoga dia aman di sana!!!!

a.z.n.e.e said...

Amin...

Semoga Mikail sejahtera di atas sana..

Teaching is Our Obsession said...

MJ islam kan?
alhamdulillah kn..selepas hidup dia porak peranda mcm gtuh, Allah bagi hidayah kat dia masuk Islam.

Semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin.

a.z.n.e.e said...

Hem.. Moga2..

Mgkn ini hidayah sebelum dia pergi..

Huhuhu..

Wallahualam..

Cikgu ILi said...

Dia bertuah sebab dibukakan hati walaupun agak lewat..tak dpt arwah puase bulan ramadan tahun ni...kite pun ntah bile ntah2 tak dan nak pose.

zafi said...

huhuhuhuhuhuhu
mcm cite pasal arwah nih...
katanya dah masuk islam 2008...
sekarang tatau nak kebumi cara camna plak..
ishk...
eh sekolah hang kene tutup ke?

yangyuyu said...

yg hidup pasti akan mati..insaf

a.z.n.e.e said...

Ili:
Doa2la y terbaik utk kita semua.. Buat yg telah pergi dan yg masih bernyawa ni.. Insaf..

Zafi:
A'ah tertanya2 jgk cr dia dikebumikan.. Kalo betol Islam, mintak2 la ade org yg bertanggungjawab tuntut jenazah tuh..
Huhuu.. Kelas aku masih berjalan.. Sabtu aritu 7 org je yg dtg.. Huhu.. esok xtau brape..

a.z.n.e.e said...

Umi:
Insaf jugak..