18 May 2009

Keli oh Keli..

Alamak, aku peminat K.E.L.I..
Macammane nih????

~~~~~

'Kita hanya jual di luar Perak' - Ternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babi


SEORANG penduduk, Azmi Yunus menunjukkan salah satu kolam ternakan ikan keli yang menggunakan air kumbahan babi di sebuah kawasan dekat Ipoh semalam.





IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.

Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.

"Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.




Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi 'makanan' ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.


6 comments:

alfa juliet said...

syabas berjaya menulis dua entry..ekekke./.good info beb

naqisyah said...

perghh... baikpunya KELI.. aku kalau makan keli yg kecik2 jek.. kalau yg beso2 lain mcm rasenye..
hahahahhahaha....

Mrs. Zuki said...

Jonny...dah bertahun la mende ni didedahkan..penah dapat dalam email forward2..
Tapi, I'm fine..aku tak suke ikan keli..
Jonny...ko semakin TEGAR, beb.

A.Z.N.E.E said...

Azza:
Hehehe.. tq.. Tq..

Naqi:
Baik punya... Aku mkn keli ms kat utara jer.. Keli dia manis sbb idup kat bendang.. Tapi dh dgr citer gini, geli lak nk mkn.. Uhukuhuk..

Ili:
Tegar yea.. Hehehehe...

qistory said...

goli den nak makan eh...huhuhu
aku pun suka gak keli nih
tapi bila dah ade citer-citer gini, terpaksa la stop jap mkn keli.
haishh...kurang satu makanan peberet aku...T_T

A.Z.N.E.E said...

a'ah..
bak kata kawan aku sorg tue..
mgkn ini cr dorg nk larikan akidah kite scr diam2..
sudahnye anak beranak benak hati..
dh tu, dok mkn benda haram n xbarakah... nauzubillah...

Featured Images

Image1 Image2 Image3 Image4 Image5 Image6 Image7
Related Posts with Thumbnails