12 May 2009

jahil..

harini aku terasa diri amat jahil...

amat jahil ku rasa apabila;

aku makan di mcD,

aku membeli sepasang Levi's,

aku berbelanja di tesco,

terasa diri aku amat jahil kerna terus berlaku sebegitu.


amat jahil ku rasa apabila;


melihat orang Islam di Gaza dizalimi,
melihat ibu mengandung mati diraguti,

melihat rakan sendiri didera sang suami,

melihat anak kecil diculik dan mati,

terasa diri aku amat jahil kerana hanya memerhati.


amat jahil ku rasa apabila;


melihat mereka mencerca,
melihat mereka dicerca,

melihat soal tanah dialpa,

melihat Allah dipersenda,

terasa diri amat jahil tanpa memikirkan apa-apa.


amat jahil ku rasa apabila;


perlembagaan jadi omongan,
sultan dipersendakan,

MB diperkartunkan,

negeri diperdagangkan,

terasa diri amat jahil tanpa sebarang luahan.


jahil tetap si jahil,
kerana memang namanya jahil,

tapi tidakkah mereka merasa jahil,

seperti aku yg bukan zhalil,
tanpa sebarang rasa akhil..

adakah kerna awan hati telah mengganti si batu jahil??



~|@ a.z.n.e.e @|~

3 comments:

Cikgu ILi said...

Terkesima aku..

azhariahzuber said...

aznee- bila ko membeli barang hasil duit gaji sendiri tidak ada apa yg jahil..ekekekeke...kata2 shopaholic....aku sudah mual membaca berita2 yg semakin hari, ye memang membuatkan kita merasa jahil

a.z.n.e.e said...

Berbelanja pki duit gaji mmg le betul....
Tapi arah duit tue berbelanja tu yg memeningkan...
Ada yg ok jer.. Ada yg kate JANGAN! DOSA! ISRAEL!
huhuhu...
gawat.. gawat..