13 April 2009

sikap

Tadi aku terbaca blog seorang sahabat.. Agak terpanggil untuk mengutarakan sedikit buah fikiran tentang isu dan perkembangan politik di Malaysia sekarang... Mgkn entry ini agak berat.. Dan kemungkinan jugak entry ini tidak mendapat sebarang sambutan daripada sesiapa... Memandangkan ianya hanya luahan buah fikiran seorang perempuan dan mgkn isunya bukanlah isu yg sehebat dan sehangat isu shopping, suami, anak, make-up, dressing, sales dan etc.. Tapi aku hanya menganggap entry ini hanya luahan hati dari seorang rakyat Malaysia yang terlalu kerdil..

Isu politik semasa Malaysia agak melemaskan akhir2 ini.. Inilah detik kritikal yg aku perlu fikiran berbanding masa2 lalu.. mgkn sbb aku skrg sudah dewasa dan memahami keperluan politik dalam kehidupan.. kalo dulu, aku hanya melihat gantungan bendera biru, hijau dan roket yang bergantungan di jalan... cantiknye warna-warni... tapi sekarang, ada perkara yg perlu difikiran, dianalisis, dihuraikan dan diselesaikan...

Musim Pilihan Raya Kecil di tiga tempat menunjukkan seri sama.. Berpihak kepada 1-BN, 1-PKR dan 1-PAS.. Tapi aku hanya ingin lebih menyentuh tentang kejadian di Bukit Gantang dan sikap orang Melayu itu sendiri...

1. Kemenangan di Bukit Gantang diraih oleh PAS.. Kemenangan itu diraih hasil dari undian org Cina atau undian bukan Melayu.. Ianya adalah mengikut statistik para pengundi dan ianya diakui sendiri oleh Nik Aziz.. Pengundi BN menunjukkan kenaikan dari tahun2 sebelumnya.. Mungkin sudah ada kesedaran dikalangan orang Melayu... Namun, apa yang mengelirukan adalah "apa sebenar matlamat Cina dan Indian menyokong PAS?" "Atau sudahkah ada MOU tertentu diatas kemenangan mereka itu nnt.?" Dengan harapan mereka boleh memperoleh keuntungan seperti tanah 999 tahun.. Hem.. Apa yang ketara motif mereka adalah untuk "membalas dendam..." Mgkn atas kemarahan pertukaran MB yang lepas dan pertukaran kerajaan di Perak... Pelbagai plan merampas hak orang Melayu terpaksa dibatalkan ataupun mgkn tanah2 yg baru diisytiharkan ditarikbalik kerana ianya tidak valid pada ketika ianya diisytiharkan oleh Dr. Nizar..

2. Aku juga sedih melihat perubahan sikap orang2 Melayu itu sendiri... Apa makna "Jika anda sokong Islam, Anda akan selamat..." Inikah yang disokong, diamal dan didokong oleh mereka? Segalanya dihalalkan.. Maki hamun, cerca-mencerca dan terkini Islam itu sendiri dipolitikkan... Bangsa Cina dibenarkan menggunakan ayat2 Al-Quran untuk meraih undi... Tepukan org PAS seperti mengakui kehebatan dan kebijaksaan orang Cina memperkotak-katekan ayat suci Al-Quran.. Amat menyedihkan.. Sedangkan orang Cina itu bertepuk tangan dan bersorak di dalam hati.. Apa makna semua ini? Tidak terdetikkah mereka rasa untuk memelihara ayat2 itu tadi..? Hanya sebab mengundi, segalanya dihalalkan... Mata dibutakan, Telinga dipekakkan, Mulut dikuncikan dan Minda dimatikan hanya untuk melihat BN itu KALAH...

3. Ada yang berkata "Politik itu ibadat seperti perniagaan... Kalau kuat promosinya, maka kukuhlah perniagaan..." Kalo dilihat di Bukit Gantang... Gara2 ingin menjaga marketing kawasan sendiri, pihak lawan tidak dibenarkan memasuki kawasan mereka ataupun ingin menggantung poster sekalipun... Hingga sanggup bergaduh.. 30 yang datang, 1000 bala tentera tersedia sebagai benteng... Budaya apakah ini? Hingga sanggup menetak kaki pihak lawan.. Itu apa yg terjadi di tahun2 terdahulu sanngup menetak orang yang hendak menggantung poster.. Amat kuat muafakat mereka.. Tapi sayang, ianya disalurkan ke arah yang salah..

4. "Jangan undi BN! BN itu rasuah! BN itu BODOH!".. Sedihnya apabila sesama Melayu saling mencerca... Kalaulah benar mereka itu suci... Mengapa tangan2 orang kampung dihulurkan RM10 seorang demi seorang dari rumah ke rumah? Mengapa mereka diberikan beras, gula, garam dsb nya untuk meraih undi... Itu apa? Sedekah Jariah...? Sungguh mulia hati mereka, yea... Lebih memilukan juga, orang kampung juga seperti ketagih sogokkan.. "Jika mahu kami undi, bagi kami basikal... Beras.. Duit dan sebagainya..." "Inilah peluang untuk kita bermewah!" mgkn ini bisikan hati mereka.. Tika menteri datang, pelbagai pujian dan kata2 manis dilemparkan... Dibelakang mereka... "Ingatkan jumpa menteri, bolehla dapat RM50... Ini tidak... Wat rugi aje.." Inilah dia sikap orang Melayu itu sendiri... Sorang menyogok... Sorang menerima... Yang akhirnya, akan menghancurkan orang Melayu itu sendiri... Ini baru negeri, apa akan jadi kalo ianya berlaku pada negara??? Fikir2kan lah...

5. Sikap ini juga mengingatkan aku ketika di BTN.. Sedih apabila melihat golongan yang bergelar graduan yang tidak tahu isu semasa... Isu politik... Ekonomi dsb.. Yang melayu kelihatan lebih mengambil berat.. Tetapi golongan Cina dan India... Majoriti tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sebenarnya... Inikah sikap rakyat yg sayangkan negara sendiri? Sikap mereka ini menunjukkan seperti hati mereka bukan disini... Kalau Malaysia hancur sekalipun, mereka masih ada negara lain.. Tapi kemana orang Melayu hendak pergi lagi? Luar negara? Duit pun xseberapa dan bukan semuanya berkemampuan.. Akhirnya, disinilah tanah tumpah darah kita.. Atas sebab itu, kita perlu perjuangkan dan pertaruhan hak milik kita sendiri... Bumi Malaysia ini sendiri... Dan bukannya dengan senang wenang menyerahkan hak kita kepada orang lain yang kononnya untuk dikongsikan bersama... Tidak cukupkah bidang ekonomi dipelopori mereka? Bidang guaman dikuasai mereka,.. Sedarla orang Melayu... Cukuplah setahun negeri Perak dipergadaikan...

6. Kadang2 aku jadi pelik... Mengapa segala perkara perlu diputarbelitkan? Segalanya dipusing hanya untuk menguatkan pengaruh.. Pelbagai teori dan andaian sendiri dikeluarkan... Tetapi lebih malang, yang menjadi pendengar tomahan tersebut pula mengapa hanya mendengar dan mengikut? Mengapa tidak disiasat, diselidiki dan dikaji kebenarannya... Mgkn kerna penyebarnya adalah golongan ilmuwan, maka kita mudah akur dan setuju... Apa guna ada teknologi utk mencari maklumat dan kebenaran.. Apa guna ada perlembagaan sebagai garis panduan jika ianya untuk diingkari dan apa guna ada akal minda jika tidak digunakan... Gunalah segala ruang yang ada untuk kita melandasi diri kita sendiri supaya tidak meluncur lari... Dan janganlah terbang terlalu tinggi kerna jika jatuh parah nanti... Angan2 yang diberikan belum tentu tercapai... Kerna tekak sendiri perlu diisi dahulu sebelum tekak2 rakyat diisi... Lihatlah pada Perak dan Pulau Pinang... Sepanjang setahun, tiada kemajuan yang diberikan kepada rakyat melainkan pemberian hak tanah 999tahun kepada golongan Cina.. Lihatlah siapa yang rugi dan siapa yang untung...

p/s: tidak perlulah kita memperjudikan negara kita sendiri... Sebaliknya bersatulah orang Melayu... Kita masih seagama, sebangsa dan hidup di muka bumi yang sama... Jangan kerana berlainan politik, segalanya tergadai...

~Happy Thinking and Wassalam~

2 comments:

azhariahzuber said...

sgt berat seh isu ko nih..erkkkkkkk

a.z.n.e.e said...

huhuhu...
saje je aku kasik korang pusing...
pusing mcm aku...
hehehe