
Halimah Jongang The Series sudah pun habis!!
Maka, habislah satu lagi cerita favourite aku... ending cerita ni dah lama dah aku tahu.. jalan cerita dia pun dah lama aku tahu...
Sebab sebelum ni, Halimah Jongang the Movie memang dah lama keluar! dan bertahun kalau tak silap aku...
Cerita dia best! Tapi pengajaran ceritanya lebih kurang sama je dengan cerita oversea macam The Ugly Betty ataupun Kau Milikku yang baru ditayang semula harini...
Bagi aku tak salah pun dengan cerita ni...
Cuma yang buat aku tertanya2, apesal semua orang dok marah cerita ni keluar.. Bukan sebab aku menyokong cerita ni disebabkan cerita ni hanya lawak jenaka sahaja.. Tapi dah tentula ada pengajarannya... Dan dalam cerita ni, pengajaran dia kita boleh tengok di akhir episod!
Sape yang tak rajin follow cerita ni, mesti akan mengutuk...
Dan yang paling aku terkilan.. orang pertama yang komen pasal Halimah Jongang dalam paper adalah seorang perempuan yang dia sendiri akui dia tak pernah pun tengok cerita Halimah Jongang pun sebelum ni... yang membuatkan dia tengok cerita tue adalah selepas satu opis dia bercerita pasal Halimah Jongang.. Dan dia terus tengok dan terus dia komen hitu hini dan tak suke sebab cerita ini ibarat mengutuk OKU dan lain-lain..
Selepas minah ni komen... mulalah episod mengomen beramai2.. dan semakin ramai pulak pihak yang terasa dan sebagainya... dan mula2 timbul cerita2 yang tak sedap untuk didengar...
Aku bukan ape, ntah nape zaman sekarang nie semua orang sudah rajin mengomen sini dan sana.. dan paling best komen tanpa usul periksa ataupun komen tanpa maklumat yang cukup... Serta buat konklusi sendiri sesuka hati!
Inilah budaya orang Malaysia sekarang...
Walaupun, memang kita tahu tak elok mengutuk kelemahan orang tambahan pulak golongan berupaya ni... Tapi aku masih boleh terima cerita ni, sebab aku dah pernah tengok cerita ni dan dah tahu apa ending serta pengajarannya!
Cume orang ramai lebih menggembar-gemburkan keburukan cerita ni disebabkan lagu Eddie Hamid yang memberi impak yang kuat!
Jadi, salahkah cerita??? Bersalahkah dia hanya disebabkan lagunya yang kelihatan lebih berkesan !??
p/s: kepada yang mengambil kesempatan menggunakan lagu ni untuk mengutuk orang... sendiri mau ingatlah!















... 4WD macam kat amazon...














