Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

09 December 2010

MyVi vs Kangoo

ape kes???




ala2..

Renault Kangoo

08 December 2010

Kenapa iPhone lagi best dari Blackberry!!!

Hahaha! Patutla ramai yang beli iPhone dari Blackberry..




Korang tau kenapa??




Sebab dia ada x-ray application yang boleh MEMBOGELKAN sesiapa sahaja!!!




Tak percaya?? Jom tengok sini!






dan AWAS!! boleh jugak jadi mcmni!!!




so, korang rasa nk BANNED Blackberry ke iPhone?? 


Blackberry dah kena BANNED kat banyak negara sebab dia punye sms yang tak disimpan dlm memory... means, menggalakkann rahsia2 dibongkarkan tanpa sebarang bukti... Hahaha.. Kalo dalam pc, ada cookies yang boleh simpan maklumat sementara kemana kita serve maklumat etc... yg blackberry ni langsung xde... so among blackberrys' boleh share maklumat 'rahsia' tanpa sebarang bukti dan had!!! 




p/s: pada aku dua2 teknologi yg canggih ni dua2 buat haru dunia... Canggih2 sangat pun bawak bencana!!

sebijik kereta atau sebijik rumah???

Manusia mmg tak pernah puas dgn apa yg dia ada.. Sentiasa mahu kelainan, pembaharuan dan berlainan citarasa... 

Benda yang penting dalam hidup kita sekarang adalah RUMAH dan KERETA! Kedua-duanya adalah KEPERLUAN... Pun begitu, ianya juga boleh jadi suatu KEHENDAK!!!

Jom kita tengok perbandingan harga nilai bagi kedua-duanya... Mana satu yang kita mahu kan? 


****
 Perodua Myvi RM50,000 
Rumah Kos Rendah RM60,000 ++

****

 Proton Inspira RM89,000
Rumah Banglo 1 Tingkat RM90,000++

****

Rumah Teres 1 Tingkat RM140,000++
Toyota Wish RM156,000++

****

 Toyota Harrier RM200,00++
Rumah Banglo 2 Tingkat RM200,00++

****
Toyota Alphard RM350,000++
Kondominium RM300,000++

****
 BMW 5 Series RM500,000++
Banglo Mewah RM1,000,000

Mari kita sama-sama fikirkan... 


p/s: Kalo ikut perbandingan harga kedua-duanya dalam kumpulan yang sama, samada nak beli  sebuah rumah yang lebih rendah atau sebuah kereta yang nampak elegen... 

Rasanya lebih baik beli umah yang mahal dari beli kereta yang mahal... Walaupun kereta tue nampak gah, tapi ia ada susut nilai, yearly insurans yang tinggi, risiko rosak dan dirosakkan, minyak, monthly maintenance etc... Kalau beli rumah mahal pun, akhirnya jadik milik kita sepenuhnya, susut nilai kurang, lebih selesa dan berpuluh-puluh tahun boleh duduk kat situ kan?

Jadi, jom kita fikir-fikirkan ya... Memandangkan pendapatan kita terhad, jadi mesti ada KOS LEPAS... tak semua kita boleh penuhi kehendak kita tue... ada yang perlu kita lepaskan atau korbankan... Huhuhu...

06 December 2010

Proton 5 Pahlawan!!

Sape ada plan nk tukar kete??

Meh cuci mata 5 design baru PROTON menggunakan nama2 pahlawan 
Melayu Melaka!!!


1- Proton JEBAT





2- Proton LEKIU







3 - Proton LEKIR






4 - Proton TUAH





5 - Proton KASTURI




hehehe... kalo tanya aku...

aku suke LEKIU!!!


25 November 2010

Nama Anak Terglamour!!

Hai korang2 semuaz... Apa kabo?? 

Aku baru leh menulis petang ni setelah sekian lamazz... Hehehe.. Since kursus pun baru habis arini.. So, rasa amat melegakan! Walaupun 4 hari ni kena bangun awal untuk bersiap ke sekolah, tapi atas niat yang murni so rasa mcm tak ada benda pun... Rasa mcm rutin harian ke sekolah jer.. ewah..


Anyway, kursus 4 hari kat sekolah kami ni, ada mengajar aku banyak benda... Belajar dari isi2 kursus dan belajar dari kakak2 yang lama dalam bidang keguruan ni... Yang kadang2 buat aku kagum dengan pengorbanan diorang... Yang macam tak pernah bersungut pun ke datang ke sekolah.. Even, kalo sebelum2 ni pun waktu cuti pun diorang akan datang secara suka rela... Dan akhirnya buatkan aku pun tertanya2, bila agaknya aku pun nak jadi macam tue?? Kalo aku tak ada rasa mcmtu, mungkin ada "something wrong goes wrong somewhere" la kot!  


Dan ada satu pesanan nak buat aku celik mata apabila dengar kata2 sorang kakak ni..

"Sebenarnya, waktu cuti sekolah adalah waktu untuk cikgu menyiapkan kerja2 tertangguh2, membuat kerja2 semasa dan merancang kerja2  masa akan datang...."

Betul jugak kan? Kalo tak dibuat waktu cuti.. Bila masa pulak kita nak buatkan?? Sebab rutin harian memang pack dan sangat2 memenatkan!

Dan kita juga harus sedar, gaji kita dibayar sewaktu cuti sekolah.. Walaupun, kita tak buat kerja di sekolah.. Kita boleh langsaikan kerja2 tue di rumah... Sebab itulah dia periuk nasi kita tak?? Periuk nasi yang paling HALAL...!  

Dan untuk cuti sekolah kali ni, aku dah berkobar2 nak buat macam2... Especially nak hiaskan prasekolah.. Walaupun prasekolah aku nampak agak uzur... Tapi aku nak satu perubahan baru... Untuk anak2  murid kesayangan aku!! Even tahun depan setakat ni hanya ada 10 orang sahaja yang berdaftar... Risau jugak.. Tapi apa nak buat, kawasan sekolah aku dah kepupusan generasi baru... Kebanyakkannya semua warga emas ataupun generasi yang dah tak produce anak..

Sebut pasal produce anak or baby.. Tadi terjumpa sesuatu yang mcm menarik je bagi aku... Nama2 anak yang glamour kat Malaysia ni!

Korang nak tengok??




Hehehe... Jeng Jeng Jeng!!


10 Nama Bayi Lelaki Terpopular

1. Adam 

2. Danish 
3. Aqil 
4. Jayden 
5. Ethan 
6. Irfan 
7. Rayyan 
8. Isaac 
9. Ian 
10. Ryan 


10 Nama Bayi Perempuan Terpopular

1. Alya 

2. Hannah 
3. Zara 
4. Nurul 
5. Sarah 
6. Alyssa 
7. Qaseh 
8. Arissa 
9. Adriana 
10. Qistina 


Hehehe... Nama anak2 korang ada tak??? Mesti ada ni.. Cepat2 ngaku!! Angkat kaki cepat!! Hehehe...

Abang Kash kata kalau ada orang tanya "Nama anak ko sape Kash?" "Nama anak aku Kashee Anggun"

Hehehe... 

Ada ke letak nama anak sama macam nama kedai... Ades... Macam mak bapak dia malas nak berpikir aje kan?? Hehehe..

Hehehe... Aku pun ada angan2 nak letak nama coming baby... Insyallah kalo ada rezeki... Tapi macam takde je masuk dalam list kat atas... Ate bio le... Bio nama anak aku pelik2 macam nama mak bapak dia... Bio tergeliat lidah nak sebut!! Hehehe..

p/s: Ada orang kata, nama2 orang yang berjaya dan bijak pandai kebanyakannya menggunakan nama2 yang pelik dan jarang didengar.. Ataupun bahasa halusnya nama2 yang unik... Tapi ntah la... Apa2 pun semua tue adalah kurniaan Tuhan...

13 November 2010

10 KELEBIHAN COCA COLA

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa  
cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,



p/s: huhuhu.. rasanya sebelum ni aku mmg takut nk minum coke sebab kesihatan sebab kandungan gula dia yg amat2 tinggi... tapi lepas baca ni... aku rasa aku lagi takut nak minum... lebih takut sebab ada "perang dingin" untuk umat Islam... Moga kita dilindungi!! 

29 August 2010

Perak bagi RM500 bonus raya!!

Aku agak ketinggalan zaman..

Tapi bukan ketinggalan zaman la jugak kot.. sebab aku dah tau awal, member aku btau tau.. tapi aku tersalah faham.. Aku ingat bonus yang kerajaan persekutuan yang bagi tue.. Cuma, MB Perak umum lebih awal sket dari PM umum pasal bonus.. Lagi pun, aku kan bercuti lama di rumah... Jadi, info tak berapa nak tepat la... 



So, aku pun google la kejap tadi.. Then, terjumpa ini!!!



Meaning that, raya ni aku dapat RM1000.. dan abang kash pun dapat RM1000...


Wah, bestnye.... ALhamdulillah...


Tapi, aku lum lagi terfikir nak buat apa dengan duit nih... Even, yang RM500 tue pun lum lg decide mau buat ape... Ni dapat lak tambah lagi RM500... Humm... Simpan ok la kot!! (Ada harapan ker nak simpan nih??)



Hehehe... Nak habis, sekelip mata jer.... Huhuhuhu...


p/s: kalo aku simpan kat UT, hujung tahun ni dapat bonus lagi... hum.... silap2 naik lagi seganda... Untung tue!! Huwahahaha... Makcik kayo!! Uiks....

Artis terlaris di YouTube!!

Hahaha...


Semua orang sudah terlalu advance!!! dan pengaruh internet sangat besar!!! dan yang paling penting, hanya sesiapa yang cekap mengambil peluang dan tahu menggunakan peluang sahaja yang akan untung BESAR!!!



Huhuhu... Contohnya, gadis 2 orang dibawah ni... Jojo & Sinta... Hanya menggunakan dengan YouTube yg skrg sudah pun menjadi artis...




So, jom enjoy the show~~~




(sori.. video dah download... tp besar sgt... dan error lak... so, klik link kat atas okey~~)








See?? Senang kan? 

Tak payah masuk AF pun tak xpe... Boleh gak jadi artis!! Ahaks...

26 August 2010

Rupe sebenar Salleh Gregor Samsa!!!

tadi aku tengok citer Cinta Sempurna kat Astro Oasis... 

kisah 2 beradik ni dh sesat barat dengan gaya hidup kesesatan masa study kat U.K... dari apa dialog yang dorg ckp dlm citer ni.. aku rasa sama kot dengan apa yang Si Salleh ni rasa...

kemudian, aku baca pulak folder tentang SI Salleh nih... hero radikal semalaya!
aku baca bait demi bait setiap page blog dia... hum.. dia manusia biasa... dia ada hati,.. dia ada perasaan dan dia juga penulis yang baik... tapi malangnya, seorang yang sensitif, cerdik, kreatif dan pemikir itu boleh dipesongkan...

aku fikir kamu seperti aku... tapi kamu jauh tersasar... kamu suka yang indah... tapi yang indah itulah yang kamu hancurkan!


apa yang ada pada kawan2 kamu yg berfikiran radikal itu?? kamu percaya dunia ini tiada Tuhan?? jadi, siapa wujudkan kamu?? dari mana kamu datang....?? kamu tak kesian pada ibu kamu yang hidup sebatang kara itu?? jangan salahkan takdir kamu dilahirkan hidup tidak sempurna... sebaliknya, kamulah yang mencipta kesempurnaan itu... itu menyalahkan sesiapa... orang lain juga ada yang tiada berayah... tapi hatinya tetap tegar dan kekal!!!

kamu selalu fikir untuk mati!! dan setiap hari aku salahkan semua... 

kamu caci para pemimpin... helo... bumi Malaysia ini paling aman kamu tahu?? mahu ke kamu aku campakkan ke Palestin yang berperang? Pakistan yang banjir?? Indonesia yang bergegar!!! memang kamu tak bersyukur!! 

Salahkan kiri dan kanan!! Kamu itu apa!!??


Kamu itu tak ubah seperti sampah... Kalau kamu terus begini!!!









sesapa yang nak mengenali Si Salleh ni.. boleh la download kat sini...


Tq untuk Ahfat utk sharing the link!

19 August 2010

ibubapa ada kuasa tentukan jodoh anak??

hum... jodoh... jodoh...


zaman sekarang semua orang sudah pandai mencari dan memilih pasangan hidup masing2 sebab kehidupan yang lebih terbuka dan majoriti sekarang lelaki dan perempuan sudah ramai bekerja... lainlah kalo zaman dedulu, perempuan hanya tarafnya di dapur sahaja...


dari situ, sudah ramai yang saling berkenal-kenalan dan jatuh cinta... samada di tempat belajar ataupun bekerja...


pun begitu, tak semua pilihan hati kita akan mendapat tempat di hati ibubapa masing2... biasala masing2 ada cara hidup masing2 dan budaya masing serta citarasa masing2... ada ibubapa yang tak kesah.. dan ada ibubapa yang agak memilih... agaknya, sejauh mana peranan ibubapa menentukan jodoh anak masing2..??


bagi aku,tak salah rasanya kalo ibubapa campur tangan dalam menentukan pasangan hidup anak masing2... sebab semua tujuannya adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan anak masing2... samada memilih sendiri jodoh anak itu ataupun memberi restu jika sudah ada pilihan hati...


kebiasaanya, ibubapa ni atau golongan orang veteran ni mereka ni ada naluri yang istimewa yang boleh 'scan' perangai seseorang ... tengok aje.. dia dah tau dah perangai baik ataupun tidak... kadang2 agak pelik jugak, sekali pandang aje dia dah tahu dah... belum sembang ke tegur etc... pelik kan?



dalam pada tue, mungkin kita perasan atau pun tidak, sebenarnya ibu atau bapa ni... sudah dianugerahkan rasa fisarat yang tinggi.. especially kaum ibu... nalurinya sangat tinggi.... dan aku pernah terdengar dari seseorang beritahu... "seorang ibu itu, seperti diwahyukan oleh Allah... untuk merasai samada pilihan hati anak dia itu sesuai atau tidak...."

dari situ pun, kalo dilihat... dalam Islam sendiri pun sudah diberitahu "Kebahagiaan rumah tangga adalah bergantung  kepada restu ibubapa....




Jadi, janganlah kita nak buang masa untuk membuktikan bahawa pilihan hati kita itu adalah sememangnya bersesuaian ataupun tepat... Seolah2 kita mahu melawan takdir... sedangkan, wahyunya telah diturunkan... Hanya kita sahaja yang mahu mempercayainya ataupun tidak...


Kadang2, aku rasa ada kaitan dengan kes2 buang bayi sekarang ni.... Selalunya, ibubapa sudah boleh mencium sesuatu yang tidak kena dengan kekasih anaknya... Masakan tidak, kalo asyik ponteng sekolah, keluar siang pulang malam, melawan kata dan macam2 perubahan lain... Cuma, disebabkan keseronokan, kita jadi alpa dan terus hanyut... Lagi dilarang, lagi dibuat perangai... Bila sudah terkeluar satu nyawa baru, baru menyesal tapi dah tidak boleh berpatah balik....Bila sudah menjadi pembunuh, baru sedar dan insaf...






p/s: Jadi... apa2 pun.. jika mahu selamat di dunia dan di akhirat... tak perlulah kita berkompromi dengn restu ibubapa... Ikut sahajalah kata2 mereka... Walaupun, setahun dua bahagia itupun atas usaha gigih bertahun2 bersabar dan cuba membuktikan... Percayalah, pasti ada hikmah dikemudian harinya,... Mungkin, ada yang ketidak sesuaian dari segi keturunan, penyakit dll... Pun begitu, kita harus berpegang... Jodoh dan maut itu adalah dibawah kuasa Allah... Cuma naluri ibubapa itu adalah perantara penyampai utusan antara kita dan Allah...

16 August 2010

Salleh Gregor Samsa yang lantang menentang puasa!!!

wah... sangat lantang sekali... budak Salleh Gregor Samsa ni....


berani protes pasal puasa.. siap ada geng tak pose lagi... sokong menyokong!!!


aku rasa hati dia ni memang dah hitam legam la kot... memang dah xde cahaya keimanan agaknya... xde rasa bersalah...Nauzubillah...


agaknya kalo kerajaan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama... dah tentu ramai yang telah dihasut supaya keluar Islam...


keadaan seperti satu benda yang azab bagi dia memeluk Islam... penyeksaan... semoga Salleh n the geng insafla wei...

  





Untuk Salleh: Kalo sekarang ko terseksa.. Kat akhirat kelak lagi terseksa beb.... Maknanya, hidup ko ni memang hidup mati pun tak senang... Tak ada maknanya.... So, mane satu pilihan ko??? Nak terus terseksa, atau kembali mengenal siapa yang menciptakan ko?? Macamne ko boleh wujud dalam perut ibu?? Siapa yang bagi ko rezeki?? dan siapa yang menghidup dan mematikan ko....



 
p/s: aku try trace blog dia... tp dh private... kalo sesapa yg tau lebih lanjut, siapa jantan ni boleh la try jadi follower dia... aku malas nk jadi follower dia... Iman aku tak cukup kuat untuk menahan kemarahan... Akal aku tak cukup bijak memujuk dia... Hati aku tak henti nak maki hamun dia...

04 August 2010

jual contact lens online??

dunia sekarang... tambah nak raya nih...

macam2 benda orang nk jual online.. yg baru ni aku terperasan... jual contact lens.. mak aih...


senang bangat!


aku dulu nak pakai contact lens, siap g kedai... scan sana sini... cek mata semua... yg ni boleh jual gitu jer.. ish.. ish... cikgu sekolah aku, Kak Hani.. siap g pakar lagi sebelum pakai contact lens... bukan ape, takut ada anak2 muda yang x berapa yang faham dan ambil kesempatan ni... main pakai jer... tanpa tau serba serbi pasal penjagaan contact lens ni... pasal penjagaan mata, pencuci yg sesuai, struktur mata etc... bila tak faham itu yg timbul mcm2 cite yang tak best tuh!

dah tak cuci... memang la berkuman! merah2!! pastu keluarkan macam2 dakyah palsu... sendiri punye salah, salahkan orang lain pulak!


lagi satu, mmg la mata nampak lebih cantek bila pakai contact lens ni... nampak biji mata lebih besar, menyerlah etc.. tapi pada2 la bila pilih warna tue... jgnla terlalu obvious... kang orang tengok mata, dah macam mata ular senduk!!! takut aku..!

 






seeloknya, pilih la warna yang boleh nampak kecantikan secara natural! selalunya kulit sawo matang mcm kita ni sesuai la  pakai warna coklat hazel ataupun kelabu! hijau ke biru ke, pink ke... ada lambang dolar ke.. xpayah la... walaupun ko memang mata duitan, kan?? x payah la sampai nak pakai contact lens lambang dolar tue! huhuhu...