Heran.. heran... banyak beno yang buang anak... kalo kita fikir balik, deme xde hati perut ker? xde otak ke? xde nilai agama ker etc...
Tapi cuba kalo kita duduk n fikir sejenak... Agaknya, kenapa la dorg ni tergamak buang zuriat sendirik?
Kesian mereka ini... iaitu anak2 muda remaja perempuan yang mengandung secara haram ataupun tiada ikatan.. Terpaksa menyorokkan kandungan masing2.. Berbaju besar, memakai bengkung, memakan makanan tajam etc... semata2 xnak orang keliling tahu... Sebaliknya, kalo orang pompuan yang berkahwin mengandung... Semua orang sayang... Suami sayang, mak bapak sayang, mak mertua sayang, adik-beradik, sedara mara semua bagi perhatian... Sebut sahaja mahu makan apa, pasti dihajati! Berbeza dengan yang mengandung secara haram.. kalo mak bapak tahu, mampus mati kena sembelih pulak... Kutuk bagai... Mata mesti bengkak berendam air mata mengenangkan nasib!
boyfriend sudah hilang! sunyi tanpa berita.. mahu gugurkan kandungan tiada duit! Maka, dah tentu tiada rasa belas di hati sebab tiada kasih sayang dari orang tersayang... silap2 mahu bunuh diri! Kalo mana yang tahu, mesti semua pandang sinis.. Jeling2...
Mana lagi mahu lari... Mana lagi mahu pergi... Melainkan menyorok... Ibubapa terpaksa ditinggalkan... Kawan2 terpaksa dipinggirkan! Sudahnya, hidupla seornag diri menanggung bayi seorang diri tanpa kasih-sayang dari orang keliling... Bayi lain ditatang bagai minyak yang penuh.. Bayi lain, dinantikan kelahiran dari setiap inci kenalan.. Tapi, mereka terpaksa menyendiri... Tiada erti nikmat hilang selera makan, loya2, mengidam dan sebagainya... Semuanya ibarat bala dan bebanan!
Akhir kata, mengandung bagi mereka tiada nikmat! Dari awal mengandung.. Sehinggalah saat kelahiran bayi... Tiada rasa sakit waktu melahirkan kerana sudah bayak derita sebelumnya.. Semua tiada makna, melainkan derita... Tiada penyesalan melainkan hidup hanya untuk kembali seorang diri! Tapi semua itu tetap tak boleh diputar balik... Sebab semuanya telah berubah! Sudah buang, baru menyesal kembali.. Itupun, selepas melihat bayi digonggong anjing, diratah semut dimakan dek ulat!
p/s: agaknya itula sebabnya mereka rela membuang bayi masing2.. sangat kasihan dan menyedihkan.. lebih kasihan, jika mereka dikalangan kenalan kita... Nauzubillah!
p/s: aku tak suke tengok gambar baby kena buang... selalunya aku xkan tengok walaupun gambar tue sebesar alam.. tak sampai hati.. jadi, aku paste gambar baby yang comei2 jer... gambar anak2 buah aku!