Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

29 October 2011

Maharaja Lawak Mega

Rancangan baru di Channel 132 (Warna - Astro) iaitu rancangan yang mengumpulkan 17 kumpulan pelawak dari Malaysia, Indonesia dan Singapore.. korang tengok tak?

Untuk minggu pertama ni, biasala x berapa best sangat.. tapi tak bermaksud, semuanya tak best... ada yang jalan ceritanya simple aje tapi bole pecah perut... 

Time rancangan ni jugak, bole la tengok otai2 pelawak yang dah lama x berlakon contohnya Jalil Hamid, kumpulan Pi Mai dsb.. Paling x bole caya, tengok Aflin Aman Ramli pun ada jugak.. Selalu dia hantam komen orang kaw-kaw... Hehehe... Kali ni, dia pulak kena tadah telinga kena komen..


Satu lagi kumpulan yang aku sallute... ialah Kumpulan Boboi gabungan Aflin Shauki n Harun Salim Bachik...


Lawak memang lawak la... Pastu seperti biasa, Aflin adalah salah satu manusia yang sangat bijak dan pandai mencari peluang dan merebut peluang... dalam dia ada show tue, terus jalan marketing jual merchandise untuk peminat BOBOI.. habis2 show je terus promo kat FB.. memang dasat...


Bagi peminat2 Boboi, bole la LIKE page ni yea...

Dan jangn buang masa, jom vote vote vote..
Hope minggu depan bole tengok dorg lagi dan tengok lakonan yang lebih lawak.. :)

06 June 2010

Jom nyanyi sama2!!

Tilu - Ku Bukan Aku




Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)


Tilu sekarang salah satu lagu yang aku suke!! bile dengar rasa mcm di awang-awangan... dan aku skrg tgh kumpulkan lagu2 kesukaan aku yg dicopy dan di burn ke CD supaya tiap2 aku aku boleh dgr dlm kete... sampai boleh hafal liriknya!!

hahaha...


p/s: dengar lagu ni dah beratus kali rasanya... tapi masih tak jemu... siapa suke jugak lagu nih? sila angkat ketiak... eh, angkat tangan la...

thumb up to KRU!!


07 April 2010

Hallimah Jongang Kemuncak!


Halimah Jongang The Series sudah pun habis!!

Maka, habislah satu lagi cerita favourite aku... ending cerita ni dah lama dah aku tahu.. jalan cerita dia pun dah lama aku tahu...

Sebab sebelum ni, Halimah Jongang the Movie memang dah lama keluar! dan bertahun kalau tak silap aku...

Cerita dia best! Tapi pengajaran ceritanya lebih kurang sama je dengan cerita oversea macam The Ugly Betty ataupun Kau Milikku yang baru ditayang semula harini...

Bagi aku tak salah pun dengan cerita ni...

Cuma yang buat aku tertanya2, apesal semua orang dok marah cerita ni keluar.. Bukan sebab aku menyokong cerita ni disebabkan cerita ni hanya lawak jenaka sahaja.. Tapi dah tentula ada pengajarannya... Dan dalam cerita ni, pengajaran dia kita boleh tengok di akhir episod!

Sape yang tak rajin follow cerita ni, mesti akan mengutuk...


Dan yang paling aku terkilan.. orang pertama yang komen pasal Halimah Jongang dalam paper adalah seorang perempuan yang dia sendiri akui dia tak pernah pun tengok cerita Halimah Jongang pun sebelum ni... yang membuatkan dia tengok cerita tue adalah selepas satu opis dia bercerita pasal Halimah Jongang.. Dan dia terus tengok dan terus dia komen hitu hini dan tak suke sebab cerita ini ibarat mengutuk OKU dan lain-lain..

Selepas minah ni komen... mulalah episod mengomen beramai2.. dan semakin ramai pulak pihak yang terasa dan sebagainya... dan mula2 timbul cerita2 yang tak sedap untuk didengar...

Aku bukan ape, ntah nape zaman sekarang nie semua orang sudah rajin mengomen sini dan sana.. dan paling best komen tanpa usul periksa ataupun komen tanpa maklumat yang cukup... Serta buat konklusi sendiri sesuka hati!


Inilah budaya orang Malaysia sekarang...

Walaupun, memang kita tahu tak elok mengutuk kelemahan orang tambahan pulak golongan berupaya ni... Tapi aku masih boleh terima cerita ni, sebab aku dah pernah tengok cerita ni dan dah tahu apa ending serta pengajarannya!

Cume orang ramai lebih menggembar-gemburkan keburukan cerita ni disebabkan lagu Eddie Hamid yang memberi impak yang kuat!

Jadi, salahkah cerita??? Bersalahkah dia hanya disebabkan lagunya yang kelihatan lebih berkesan !??

p/s: kepada yang mengambil kesempatan menggunakan lagu ni untuk mengutuk orang... sendiri mau ingatlah!