22 December 2013

Sedekah dan YPEIM..

Kita selalu bizi dengan urusan kerja, keluarga, rutin harian, hobi dan sebagainya.. Dalam 24 jam yang diberikan Allah sehari ini, beberapa jam kita gunakan untuk bekerja, makan, solat, beristirehat, bersukan dan sebagainya.. Kadang2 ada sahaja yang terlupa itu dan ini!

Kerja itu perlu supaya kita ada wang saku! Untuk meneruskan kehidupan yang mencabar tambahan pula sekarang semuanya harga naik! Semua mengeluh duit tak cukup.. Tolak troli Tesco tak sampai suku sudah RM200-300.. 

Yang aku ingat dan perasan, semua harga naik selepas kejatuhan mata wang dunia beberapa bulan lalu.. Satu-satu subsidi negera terpaksa ditarik balik dari rakyat.. Semua bising! hentam menghentam pun bermula!
MashaAllah... Sabar lah!

Jom kita tengok secara postif..

Kita bayangkan ini adalah nikmat yang kita dapat yang ditarik sedikit dari kerajaan.. Dan juga mungkin dugaan Allah ke atas kita.. Bukan sahaja kita di Malaysia tapi kesannya seluruh dunia.. Cuba google google apa punca kejatuhan wang ringgit ni?

APA KITA NAK BUAT?
Soalan menarik! Komen komen komen.. Bangkang bangkang bangkang.. Marah marah marah.. 
Semua ni menyelesaikan masalah tak?
TAK kan? Sudah jangan marah2, nanti kena sakit darah tinggi pulak..

Apa kata pada masa ini kita dekatkan lagi diri kita dengan Allah melalui BERSEDEKAH.. Tak perlu banyak, sedikit pun Alhamdulillah... Tak perlu tunggu kaya baru mahu bersedekah, inilah masanya! Saat2 kita sempit inilah masa kita bersedekah.. Moga terbuka pintu rezeki yang lain untuk kita..

ALASAN
1. Selalu ada iklan di facebook.. Kita scroll terus ke bawah.. Nantilah baca! Nak baca pasal gosip dulu.. Artis meletop nak kawenlah! Bergaduh dah! Lagi best.. Sudahnya tidak sedekah juga.. 
2. Lalu di shopping mall nampak orang mintak sedekah.. "Alamak aku nak cepat, lain kali lah.. Esok dia mesti ada lagi kat sini.." Sudahnya esok pun sama, tak sedekah juga..
3. Tengah makan, datang seorang adik minta sedekah.. "Abang xde duit kecik la dik.. Lenkali la yea.. " "Busuk.. Pergi sanalah!" Tak sedekah sedekah juga....
4. Banjir di Pantai Timur.. Opis buat kutipan duit dan barang-barang.. Setiap hari bila lalu depan kaunter teringat, bila sampai umah langsung tak ingat dah nak bungkuskan baju untuk mangsa banjir.. Sudahnya, cuma tinggal niat sahaja.. 

Wallahualam..

TAPI.
Kalo kita sudah setting sedekah kita bulanan kan senang! Macam finance setting gaji kita..


 Tiap2 bulan ada potongan.. Dah tak perlu risau terlupa, terlupa, esok, esok, tak de duit kecik dan sebagainya.. 

Niatkan dari awal, sedekah ini untuk siapa, untuk mak ayah tersayang, apa dan doalah yang terbaik.. Semoga duit yang kita sedekahkan dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang yang memerlukan..

Jangan pulak bila dah setting sedekah ini, terus kita ingat kita sudah banyak bersedekah.. Teruskan lah bersedekah.. Mungkin hari ini hari orang lain, esok2 hari kita pula yang memerlukan sedekah orang.. 

Wallahualam..


2 comments:

Umie Artoqiemie said...

:) banyakkan bersedekah insyaAllah rezeki tu sentiasa ade kannn

a.z.n.e.e said...

Ya Umie,
In sha Allah.. :)

Featured Images

Image1 Image2 Image3 Image4 Image5 Image6 Image7
Related Posts with Thumbnails