30 November 2012

STICKY POST :Save For GAZA !!!

21 Nov 2012




Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim dan rasa rendah diri, Aznee dan Azrina Yazit melancarkan program shop n donate iaitu 5% dari setiap belian di Kashfee Anggun dan Biodex Perak akan didermakan untuk penduduk Gaza.. Mari kita sama2 membantu saudara kita di Gaza Sekiranya, ada rakan2 yg berminat untuk menderma juga amat2 dialu2kan.. Kami akan update dari semasa ke semasa status program ini page kami.. Terima kasih dari, Aznee & Rina.


22 Nov 2012

As salam semua, kami ingin mengumumkan di sini bahawa :

1. Jualan Kashfee Anggun sepanjang bulan November dan Disember (mulai 1 Nov) ini sebanyak 5% daripadanya akan juga disalurkan ke dalam program dana "Save For Gaza".. Walaupun program 
ini baru dilancarkan semalam, tapi kami mahu mereka yang telah membeli dengan kami sebelum ini juga merasai barakah dari program ini. Semoga rezeki anda dilipat gandakan.. Amin..

2. Saya telah reservedkan satu akaun untuk dana "Save For Gaza" ini iaitu di akaun CIMB atas nama Aznee Fazrein binti Ramli. Saya telah tinggalkan 5% dari jualan bulan ini di dalam akaun ini. Sila lihat lampiran gambar yg saya sertakan.

3. Sekiranya ada pihak yang ingin menderma tanpa membeli barangan kami adalah dialu-alukan juga. Fans di page ini ada 7,600 org.. Jika setiap seorang menderma RM1, kita dapat kumpulkan RM7600.. Masyallah..

4. Buat masa ini tiada resit untuk mereka yang memerlukan resit derma kerana kami lakukan atas dasar kerjasama dan sukarela antara 2 pihak iaitu Kashfee Anggun dan Biodex Perak.. Kerana kami tidak mengharapkan jumlah yang besar tetapi biar jumlah yang sedikit asalkan ramai yang menyertainya.. Jika anda memerlukan resit sebagai bukti pelepasan cukai, saya cadangkan anda berurusan terus dengan pihak yg boleh memberikan resit rasmi.. Kesanggupan anda menyumbang dengan ikhlas adalah amat besar maknanya.. Wallahualam..

5. Kepada rakan yang bukan Islam, saya juga menyeru anda untuk membantu rakyat Palestin walaupun mereka bukan seagama dengan anda.. Perhatian dan sumbangan anda penting untuk menunjukkan kepada rakyat diluar sana bahawa anda juga membantah tindakan yang kejam membunuh sesama manusia..

6. Kesemua dana "Save For Gaza" ini akan diuruskan secara amanah.. Insyallah.. Pihak Kashfee Anggun dan Biodex Perak akan mengumpulkan kesemua dana berakhir pada 31 Disember 2012.. Kesemua dana ini akan disalurkan terus kepada pihak berwajib.. Sila ikuti page kami untuk perkembangan lanjut dari semasa ke semasa..

5. Kami berharap program ini mendapat sambutan dan diminta rakan2 yang lain untuk LIKE dan SHARE.. Jika anda LIKE dan SHARE juga adalah sebahagian daripada bantuan dan sokongan anda.. Segala kerjasama amat kami hargai. Terima kasih..

6. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 012-9711772 (Aznee) atau 012-5491981 (Azrina). Terima kasih..





2 comments:

azhariahzuber said...

niat yg baik jonny. tahniah

a.z.n.e.e said...

tq azza..

all for gaza :)