Isu yang hangat ni disebabkan seorang blogger Engineer yang menulis dalam blognya tentang kerja2 guru yang mudah.. Saya cuba paste link, tp nampaknya entry tersebut sudah di delete.. Dalam masa yang sama kisah seorang ibu yang komen tentang guru2 anaknya yg makan gaji buta, MC dan asyik bersalin aje... Huhuhu... Semua ini menimbulkan kemarahan banyak pihak walaupun mereka bukan guru, tapi mgkn ibubapa, rakan, adik beradik dan sahabat handai mereka bergelar guru atau pendidik..
Saya malas nk ulas tentang kerja2 guru ni sebab hanya orang yang tak ada pengalaman dalam bidang ni atau dia sendiri tak ada orang sekelilingnya yg bekerja sebagai guru sahaja yang tidak tahu bagaimana peritnya kerja seorang guru walaupun hanya kerja sehingga jam 2 petang.. Isu beranak tue tak patut diungkit sebab itu lumrah alam hidup berpasangan dan bekerluarga.. Lebih lawak juga sebab bukan guru sahaja yang diberi cuti bersalin 3 bulan, tp semua kakitangan awam...
Semua ni berlaku sebab kita terlalu emo sehinggakan terlupa siapa yg disekeliling kita yang akan terasa atau penulisan kita sendiri dan kita juga mungkin terlupa tentang teknologi dan gadget yang terlalu canggih kerana semua isu boleh tersebar dengan luas dgn hanya satu klik LIKE ataupun SHARE!!
sangat bahaya ok!!
sebenarnya saya nk share tentang sedikit pengalaman saya menjadi guru di salah sebuah sekolah swasta di KL beberapa tahun yang lalu.. Walaupun hanya 3 tahun bekerja di sana saya sangat hargai pengalaman di sana sbb pengalaman di sana banyak mengajar saya dan tak akan sama walaupun saya bekerja di tempat lain..
Di sana saya bertuah kerana dikelilingi oleh rakan2 yang komited, rajin, bekerjasama, sayangkan anak2 murid walaupun majoriti kami belum berkahwin.. Kami jaga mereka seperti anak2 kami sendiri dan hubungan guru dan ibubapa sangat akrab..
Selain mengajar, kami handle pelbagai aktiviti pengisian disekolah.. Semua program sahut-menyahut namun kebajikan pelajaran anak2 murid masih terjaga samada dari segi pelajaran dan solat mereka.. Namun begitu, tiada manusia yang sempurna dan kami banyak handle masalah anak2 murid yang datangnya dari rumah dan terbawa2 ke sekolah.. Walaupun masalah itu datang bukan dari pihak kami, tapi ape pun jua kami terpaksa handle kerana tidak mahu pelajaran mereka terganggu..
KES 1.
Seorang anak murid saya, Ruby yang berusia 8 tahun yang pernah menangis di atas pangkuan saya... Dia menangis kerana tidak dapat hadiah gula-gula dari cikgu lain kerana tidak menyudahkan kerjanya seperti kawan2 yang lain.. Namun, saya tahu bukan itu punca utama Ruby menangis.. Sudah lama saya perhatikan Ruby selalu dibuli dan keseorangan selepas rakan baiknya bertukar sekolah.. Sangat menyedihkan juga, hasil risikan dari jiran dan ibubapa yang lain rupanya Ruby setiap hari akan ditinggalkan keseorangan di luar rumah selama 1-2 jam sementara menunggu ibubapanya pulang ke rumah..
Hasilnya, Ruby merasa sedih, sepi, tiada kawan dan menyebabkan dia menjadi seorang yang rendah diri kerana hal ini berlaku setiap hari, minggu, bulan dan bertahun... Saya juga faham, ibubapa juga tiada pilihan kerana perlu mencari rezeki, menguruskan anak2 yang lain dan masalah luaran lain seperti jammed, sekolah jauh dari tempat kerja etc.. Tapi sedarkah kita, semua ini memberikan kesan kepada anak kecil ini??
Berbalik kepada cerita Ruby tadi, kebetulan saya lalu di hadapan kelas semasa rehat dan Ruby sedang menangis. Ada rakan lain yang sedang memujuk Ruby.. Selepas diberitahu tentang Ruby menangis kerana tidak dapat gula-gula, saya terus capai tangan Ruby dan menarik Ruby ke ruangan meja saya di bilik guru.. Bilik guru kami sangat special dan selesa serta sesuai untuk kaunseling murid.. Saya terus ajak Ruby duduk bersila di ruangan meja saya kerana hendak mengelakkan daripada orang lain nampak kami. Ruby juga mungkin malu kerana menangis..
Ruby duduk di hadapan saya dan saya masih tidak lepaskan tangan Ruby.. Saya bertanya lembut pada Ruby.
Saya : Kenapa Ruby nangis?
Ruby : Diam....... sambil menangis lagi.....
Saya : Sebab tak dapat gula-gula ke?
Ruby: Diam..... tiada respon
Saya syak bukan itu reason sebenarnye Ruby menangis... Terus saya ambil peluang ini, untuk memujuk Ruby dengan masalah sebenar...
Saya: Ruby sedih ker Alia pindah?
Ruby: Angguk lembut....
Saya : Dekat rumah tak kawan dgn abang ke?
Ruby: Abang selalu tuisyen....
Saya: Mak ada... Ayah ada...
Ruby: Mama n ayah kuar niaga....
Saya: habis tu Ruby kawan dengan siapa?
Ruby: Geleng....
Saya: Hum... Habis tu tadi nape nangis?
Tiba-tiba Ruby terus nangis semula... Tangisan Ruby macam sebak sangat-sangat... Tersedu-sedu... Sehinggakan saya sendiri rasa sedih melihat Ruby... Rasa kesian yang amat sangat...
Ruby: Saya sunyi, cikgu.....
Mashallah.... Saya terus peluk Ruby... Ruby peluk saya seperti tidak mahu lepas.... Tangisan dia seumpama terlalu lama dipendam.. Saya sendiri hampir menitis air mata tapi terpaksa tahan kerana saya mesti kuat demi untuk Ruby...
Apabila keadaan Ruby sudah reda... Saya pujuk Ruby..
Saya: Ruby, nanti lepas ni kalau ada apa2 tolong btau cikgu ok... Kalau ada kawan usik, btau cikgu... Jangan senyap sahaja... Kalau mama bizi, tak bole temankan Ruby xpela... Cikgu ada.. Kalau Ruby nak kawan sembang, datang jumpa cikgu, okay??
Ruby: Angguk lembut...
Sebelum Ruby keluar, saya cium pipi Ruby dan mengusap kepala dan belakangnya.. Saya hadiahkan Ruby gula-gula untuk mengembalikan rasa sedihnya di kelas tadi..
Selang beberapa hari, saya perhatikan Ruby semakin ceria dari sebelumnya.. Walaupun dia tidak pernah mengadu atau berjumpa dengan saya secara personal tapi saya tahu keyakinan Ruby dapat dipulihkan sedikit demi sedikit.. Setiap kali berselisih dengan Ruby, saya akan menyapa, bersalaman dan menyusap kepala atau belakang Ruby.. Pelajaran Ruby juga semakin meningkat..
Alhamdulillah.. Walaupun usaha saya hanya 10-15 minit, tapi mungkin ia berkesan untuk seorang murid yang berusia 8 tahun yang ketandusan kasih sayang, perhatian, sentuhan dari orang sekeliling.. Jika dibandingkan usia saya ketika 8 tahun waktu dulu, saya hanya tahu bermain, ceria tanpa ada masalah emosi seperti Ruby..
KES 2.
Uzair, 8 tahun. Dipelihara oleh ibu angkat yang belum berkahwin. Terpisah dari ibubapa kandung kerana masalah kewangan dan ibubapa yang terlalu muda. Uzair murid yang bijak tetapi sangat nakal.
Di dalam kelas, Uzair akan mencuba untuk menarik perhatian guru dan murid yang lain dengan pelbagai aksi, helah dan sebagainya asalkan semua orang memberikan tumpuan padanya. Namun hasilnya, semua guru dan murid-murid akan naik marah kerana mengganggu waktu pembelajaran dan sewaktu membuat kerja sekolah..
Selepas saya siasat latar belakang dan temubual dengan ibu angkat Uzair tentang aktiviti Uzair di rumah. Saya dapati Uzair sangat2 memerlukan dan mahukan perhatian semua orang kerana kurang berkawan dan bergaul.
Setiap malam, Uzair akan ditemani ibu angkatnya untuk mengaji Quran dan membuat kerja rumah. Rakannya di rumah adalah ibu angkatnya dan seorang pembantu rumah. Hujung minggu ibu angkat akan membawa Uzair bermain di rumah sepupu berhampiran. Namun, Uzair masih perlukan perhatian seorang ayah..
Untuk selesaikan masalah ini, saya berpakat bersama seorang ustaz yang mengajar Uzair bertindak atau berlakon sebagai seorang ayah kepada Uzair. Setiap hari, Ustaz ini akan menyapa Uzair, berbual, bertanya khabar dan juga mengusap kepala Uzair tanda perhatian..
Alhamdulillah juga.. Uzair berubah... Uzair sudah kurang nakal dan semakin menumpukan perhatian di dalam kelas..
KESIMPULAN.
Tugas hakiki guru selalu dipertikaikan oleh masyarakat luar sana kerana menganggap ianya mudah, senang, sekejap dan bergaji besar. Tapi ramai yang tidak tahu, tugas guru bukan hanya mendidik. Jika kes2 seperti ini yang sememangnya tidak terlulis di dalam "JOB SCOPE" seorang pendidik, jadi apa agaknya gelaran yang sesuai untuk seorang guru? pengasuh? pakar kaunselor? pakar rumahtangga??
Walau apa pun gelarannya, seorang guru tidak akan claim apa2 pun dari murid tersebut atau ibubapanya.. Kenapa?? Kerana semua itu tidak penting asalkan anak2 muridnya berjaya di dunia dan di akhirat..
Saya pernah bertanya kepada ibu saya yang juga bekas seorang guru.
"Apa perasaan mak, bila mak tengok anak-anak kesayangan mak yang dulunya pandai dan bijak tapi akhirnya menjadi seorang model yang seksi atau apa sahaja pekerjaan yang tidak seumpamanya.. ataupun "tidak menjadi"?
"Segala ilmu yang mak berikan, mak halalkan... Tapi sedih rasanya sebab sewaktu kecil kita ajar segala yang baik2.. patuh arahan dan turutan, bijak, pandai tapi bila besar sebaliknya pulak... Hum... Kalo bole, tak nak ngaku anak murid... Tapi, apa bole buat.. Doakan sahaja dia berubah..."
Ramai juga yang tidak tahu, apa perasan guru-guru tua ini apabila melihat anak2 murid mereka yang ditatang bagai minyak yang penuh diawalnya tapi berubah diakhirnya... Guru itu ibarat ibu dan bapa juga.. Mahu yang terbaik untuk anak murid tersayang..
Tapi siapa yang harus dipersalahkan semua ini berubah?? Setiap manusia diajar dengan penuh nilai-nilai murni sewaktu kecil dan sekolah rendah.. Meningkat ke sekolah menengah sudah mula naik ekor.. Masuk universiti sudah pandai bercengkerama.. Kawen dan berkeluarga.. Adakah kita melahirkan anak2 yang tinggi akhlaknya dan mungkin sebaliknya?? Syukur dikurniakan anak2 yang bijak tetapi ingat, mereka ini mudah meniru sikap dan kata-kata ibubapa di rumah..
Sedar atau tidak guru yang terdekat dengan anak itu adalah ibubapa itu sendiri...
Percaya kepada tugas seorang guru di sekolah, Insyallah nasib anak anda akan terbela.. Asuh anak dengan akhlak yang terbaik rumah, Insyallah anak anda akan berjaya di dunia dan di akhirat juga..
Semoga anak2 ini menjadi khalifah di muka bumi ini hasil didikan guru di sekolah dan asuhan ibubapa di rumah..
17 September 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment