31 May 2012

Derhaka kepada Sultan

Ramai yg memberikan reaksi yg berbeza2 tentang pertikaian DS Nizsr Jamaluddin berhubung pembidaan RM520k atas plat WWW1 oleh Sultan Johor.

Aku pun mempunyai pandangan aku sendiri..

Reaksi pertama aku bila dengar Sultan Johor menang beat harga plat kete, aku respek dgn sistem yg dibuat oleh JPJ.. Memandangkn aku sendiri pun pernah masuk tender JPJ, aku pun faham susah atau senangnye.. Dari situ pun, sudah menunjukkan seorang sultan juga boleh menghormati sistem yg ditetapkan oleh kerajaan di bawah jajahannya sendiri.. Tidak hanya mengikut jalan pintas walaupun dia mampu..

Kedua, sememangnya RM520k tu jumlah yg sgt2 besar bagi kita.. Jangan kata ribu, rm520 pun dah cukup besar bagi kita.. Tapi kita kena ingat, jangan dibandingkan poket seorang sultan dengan poket seorang rakyat biasa seperti kita.. Sedangkan baginda sultan sememangnya sejak berkurun lama dari zaman dulu sudah berharta banyak.. Harta keturunannya sahaja sudah tidak terbilang..

Atas sebab itu juga, baginda tak lokek menyerahkan elaun dirajanya kepada yayasan pada setiap bulan.. Cuma kita sahaja tak tahu.. Orang buat baik, dia tak akan hebohkan sebab hatinya ikhlas..

Ketiga, bagi aku bagus juga RM520k dimenangi oleh seorang sultan.. Kalo org kebanyakan yg menang, mgkn x sebesar ini jumlah wang yg bole diperolhi.. Sebabnya, duit ni akan disalurkan semula ke dalam kerajaan dan ke dalam negara.. Itu semua aliran duit yang membantu membangunkan negara semula.. Dgn sejumlah wang yg besar mcmni macam2 lagi usaha yg bole dilakukan seperti membina kuarters kerajaan.. Huh? Siapa yg untung? Kita juga yg untung.. Kalo dibandingkan dengan aliran duit ke luar negara, walaupun jumlahnya kecil tp kita rugi besar sebab melibatkan pertukaran wang asing..

Jadi, kesimpulannya kita jangan terlalu mudah berkata2 atau membuat andaian luaran sahaja.. Sedangkan biji butirnya kita tak pasti.. Aku bukan nk berpolitik, tapi serendah2 ilmu aku ni masih lagi aku bole berfikiran logik dan positif..

Published with Blogger-droid v1.7.2

3 comments:

zafi said...

I agree with you... simply saying the money worth to build something or to cover certain cost for people/society without further probe where the money comes from can cause a disaster! No offense Yb Nizar. But truly deeply madly.. u should think before act. :)

Ms.Su said...

betul..betul..betul..

maulana said...

yela.. org skrg gila mencari glamer tapi jgnla sampai menderhaki sultan dan raja.. mcm something wrong somewhere? tak takut kena tulah ke?