30 March 2012

Berita Kehilangan

Assalamualaikum, dengan rasa sedih dan rasa dukacita adalah dimaklumkan bahawa YTM Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.

YTM Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England.
Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak.Al-Fatihah

YTM Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah


Salasilah Keluarga Sultan Perak 

Sumber: Perak News

Featured Images

Image1 Image2 Image3 Image4 Image5 Image6 Image7
Related Posts with Thumbnails