09 March 2012

Al-Fatihah

Sedih dan sangat sedih...

Pukul 11 tadi, aku dapat kol dari kawan UUM... Isteri kepada kawan kami di UUM, meninggal dunia kerana terdapat pendarahan otak selepas kemalangan di PLUS pada 2 Mac yang lalu..

Semasa kejadian, anak bongsunya yg berusia 70 hari meninggal dunia di tempat kejadian dan isterinya kritikal dan menerima 7 jahitan di kepala, luka di dagu, retak di jari kelingking dan buku lali.. Itu pun rasanya sudah cukup menyakitkan..

Selang berberapa hari,  isterinya telah dikeluarkan dari hospital... Dan dimasukkan semula ke hospital kerana mengadu sakit kepala dan disahkan terdapat sedikit pendarahan.. Semalam isterinya dimasukkan ke ICU kerana tidak sedarkan diri dan pagi ini, dia telah pergi selama-lamanya...

Menangis aku tadi selepas dapat panggilan.. Telefon Abang Kash di ofis dan mengadu.. Ikutkan hati, mahu aje aku terbang ke Alor Setar untuk melawat mereka... Walaupun hati berat nk berjumpa melihat semua yang ada.. Tapi aku faham, saat2 mcmni lah Bad sangat2 perlukan sokongan dari kawan2 dan keluarga...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Sampai saat ini, aku masih lagi terasa sedihnya... Tambahan dulu, Bad banyak membantu kawan2... Tak pernah berkira dengan kawan2... Sedaya upaya dia akan tolong... Dan rasa tiba saatnya untuk membantu Bad walaupun hanya sekadar doa dan Al-Fatihah...

Semoga Bad tabah menerima dugaan ini... Jagalah harta yang ditinggalkan Kak Zai... Semoga Bad kuat demi anak-anak...



3 comments:

zafi said...

May Allah Give His Blessing! Ameen...
I did spoke with him few days ago... It's hard to believe... Al Al fatihah

faizah---sweetcake johor said...

tenang kak. pae pernah hadapi kawan yang xcdent . satu ofice. bulan ramadhan thn 2010. ikut nek ambulance. ajar mengucap. waktu orang berbuka, arwah menghadap penciptanya. semoga mereka dirahmati Allah swt

Mimi said...

Slm,,arwah isteri bad adalah 2 pupu sy,,sdih sgt dpt brita dr family mengatakan anak bongsu mereka meninggalkn dlm kemalangan PLUS berdekatan behrang,,pemergian sepupu sy yg di panggil IRMA menyusuli pemergian ank bongsunya seminggu kemudian,,sedih n pilu sy rasa sampai skrg..semoga arwah tenang di sana dan ditmptkan bersama org beriman,,amin