Masing2 ada citarasa masing2 tapi tetap tengok sama2... Heaven!
Aku pernah tengok citer Free Willy ni masa remaja dulu kalo x silap... Itupun 1 episod jer... Tapi skrg, aku ada keempat-empat citer ni... Memang best!! Terasa sangat mcm berjiwa "animal kingdom" hehehe..
1) Free Willy
Ini Free Willy pertama yang aku tengok masa remaja.. kalo x silap... Masih ingat lagi scene masa dia suh Willy lompat dari benteng ni untuk selamatkan Willy...
Citer ni, masa tu Jessese (budak laki yang bela Willy atau latih Willy) secara tak sengaja.. Dari seorang budak yang nakal, dia berubah jadi budak yang baik... Yang sebenarnya dia memang baik, cuma sebab emak dia tinggalkan dia, dia homeless dan jadi semua orang pandang serong pada dia.. Kesian...
Selepas itu, baru dia dijaga oleh ibubapa angkatnya... Dan Jessese berpeluang bekerja ditempat mcm Zoo dimana Willy ditempatkan..
Willy time ni pun mungkin usia remaja jugak.. Tak kecik sangat.. Tapi sangat anoying dan tak de sape yang suke dia sebab dia terlalu liar dan bahaya.. Tiba2 bila Jessese muncul, semuanya berubah... Penjaga lagi seorang Red Indian, Randulf pun masa ni, muda lagi...
Diorang ni la, yang lepaskan Willy semula ke laut... Dan Willy kembali ke kumpulan (pot) dia..
2) Free Willy 2
Episod ni pun best jugak...
Bermula selepas 8 tahun kemudian apabila tiba2 Jessese dapat tahu, dia ada seorang adik dan emaknya telah meninggal dunia kerana sakit.. Jessese berasa sangat kecewa kerana emaknya sanggup tinggalkannnya dan berkahwin lain manakala membiarkan dirinya keseorangan..
Untuk memujuk Jess, ibubapa angkat dia ke suatu kem rekreasi dimana Randulf bekerja dan masih dengan pekerjaan lamanya menjaga kumpulan ikan paus @ orca..
Tempat ni memang cantek, dan rasa mcm tak percaya je, ikan paus ni bole datang dekat dengan kawasan teluk.. RAsa mcm nk pergi cari je tempat tue, nak tengok sendiri kumpulan ikan paus ni... BOle pegang2.. Hehehe...
Kalini pun, ekspedisi untuk selamatkan Willy dan adik-adiknya dari tumpahan minyak dari kapal dagang yang lalu kat persisir pantai tue.. Hum.. Bila tengok Jess naik atas badan Willy celum celam kat dalam air tue, rasa mcm nk join jer,.. Hehehe..
Willy walaupun seekor ikan jer, tapi sangat charming dan jadi protector kepada adik2nya.. Dalam operasi nak selamatkan dari letupan api kat laut disebabkan tumpahan minyak tue, Willy dengan charmingnye telah selamatkan Jess dengan gagah perkasa...
Tetiba rasa mcm jatuh cinta dengan seekor ikan!
:P
3) Free Willy 3
Kali ni adventure dia pun best jugak... Sebab nk selamatkan Willy yang dah pandai menggatai.. Dah ada girlfriend dan girilfirend dia termengandung... oppss.. Dia sah berkawen sebenarnye.. Hehehe.. KOnon..
Lantakle... Apa2 pun la kan...
Kalini Jess nk selamatkan Willy anak beranak dari jadi mangsa Wallers atau penangkap ikan paus.. Yang export daging dia buat sushi, tuna, cheeseburger etc...
Dan Willy masa ni, sangat2 la besar... dan aku percaya diorng masih guna Willy yang sama sebab bentuk sirip ikan dia sama.. Bengkok sket berbanding ikan paus yang lain... Dan Willy masih lagi menjadi pujaan hati aku sebab bertindak sebagai hero...
Terasa gedebuk jatuh dan terjatuh cinta dengan seekor ikan.. ikan paus... Huhuhu...
4) Free Willy 4
Yang ni lain sket, sebab pet keeper dia seorang budak kecik... Dan ikan pausnya pun masih baby lagi.. Tapi sangat cute..
Kalini dorang berlakon kat Afrika Selatan... Bestnya tempat tue.. Rasa mcm nk beli tanah kat sana jer, pastu bela ikan paus... Bole?? Hehehe
Aku assume.. Atau pandai2 assume, ikan paus yang dorang nk selamatkan kali ni adalah anak Willy aritu... Hehehe.. Dia tersesat masa ribut melanda laut dan dia termasuk ke kawasan teluk tempat atuk Kirra yg merupakan owner kepada theme park ni...
Oh, bestnya.. Sampai x reti nk tulis ape...
Korang harus tengok!!!
Sesuai untuk kanak-kanak sampai ke orang tua... Kalo nk ajar anak2 kasih sayang pada haiwan, bole la kasik tengok citer ni... Tambah kat Malaysia ni memang xde ikan paus... Hehehe..
Okla gtg... Ada banyak lagi citer aku nk share dengan korang... Tapi lain kali la...
Twilight sure berkoyan korang dah tengok kan?
0 comments:
Post a Comment