28 August 2010

150 juta kali!!!

Argggh.. sedap bangat lagu nih...

Mula2 aku dengar lagu ni kat FB Abang Kash... So sweet...
Dinyanyikan oleh Hana Zatie

Nak tengok, klik sini ya...




Rupenye, lagu ni ciptaan Fynn Jamal, Keytone!!! Best gila la lagu nih...





Fynn Jamal- 150 Juta


Oklah, jom layan...




"150 juta"





Untuk kali ke seratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"

"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"



Di seratus lima puluh juta kali itu

Di depan semua engkau tarik tangan aku

Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu

Sambil ketawa engkau bilang satu per satu



"Dia mungkin bengis seperti singa"

"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"

"Dia mungkin keras bila bersuara"

"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"

"Aku lagi kenal dia..."



Dah lebih seratus lima puluh juta kali

Aku pesan padamu apa yang bakal jadi

Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi

Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi



Di setiap seratus lima puluh jutanya

Aku pun dalam hati semacam tak percaya

Apa kau lihat pada aku jujurkan saja

Terus kau cubit dagu aku sambil berkata



"Sayang mungkin baran tak kira masa"

"Tapi sayang tahan kalau salah yang saya"

"Sayang mungkin saja keras kepala"

"Tapi sayang manja bila kita berdua"

"Saya kenal sayang saya..."



Buat apa dicerita

Bahagia kita rasa

Biar tak dipercaya

Peduli orang kata



Baju ronyok tak apa

Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada



Aku lebih bengis dari sang naga

Tapi bisa nangis semata demi senja

Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada



Aku mudah baran tidak semena

Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua...





p/s: nampaknya industri muzik skrg akan semakin menerima pemuzik wanita... yang bertudung,,, dan bermain gitar... bagus kan? selagi ianya tidak melibatkan maksiat...

dan lagi satu, sudah ramai yang menggunakan YouTube untuk laris dipasaran... dan nak dijadikan cerita, mcm Hana lagi glamour la pulak dari Fynn... Ramai orang ingat lagu ni Hana yang punye... hehehe...


Huhuhu.. Ape2 pun lagu tue sangat simple n sempoi plus mcm tulus!!! 

6 comments:

mR.sYaH said...

lagu mmg best! dua2 nyanyi best!

jejaka anggun said...

x jelas lah diction n pronounciation dia.... nnt shafinaz marah kalo nyanyi camnih....

Ms J said...

She was my junior back in uni.. Somehow or rather surprised when I knew dia menjadi terlalu puitis sampai begini sekali. Just imagine, dari English Lit. bertukar ke Malay Lit... Mungkin tindak menghairankan bagi sesetengah orang. But she made me goes.. 'wow'!

^_^

alfa juliet said...

hihi jejaka siap komen ala shafinaz....nyanyi tak jelas yg jadis edap tu..kalau jelas, dah mcm negaraku plak

a.z.n.e.e said...

syah:
best kan???

tapi sy lg suke hana nyanyi.. lembut jer... sesuai dgn lagu tue!


JA:
dia saje rakam wat demo kot... try dgr hana nyanyi.. best!!!

a.z.n.e.e said...

jaja:
really??? bestnya dia... bkn semua org boleh kuasai dua2 lit dgn baik... so, i guess itu bakat.. n its come from her hearth..


azza:
hahaha.. dia komentar tegar dan jelas! ahaks..

Featured Images

Image1 Image2 Image3 Image4 Image5 Image6 Image7
Related Posts with Thumbnails