Mandi wiladah tak sama dengan mandi nifas... betul ke?? jom kita baca di bawah... Artikel ni aku paste dari web lain... aslinya tak tahu dari mana... tapi majoriti mungkin dari sumber yg sama sebab sejibik semua ayat yg sama... huhuhu...
Terdapat beberapa perkara yang wajib kepada umat Islam berkaitan mandi hadas besar.
Bagi lelaki terdapat 2 perkara:
1. Keluar air mani
2. Berjimak (walaupun dilakukan secara zina) wajib mandi. Harus mandi juga walaupun tidak keluar air mani.
Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak dan keguguran)
3. Nifas
4. Berjimak (walaupun dilakukan secara zina) wajib mandi. Harus mandi juga walaupun tidak keluar air mani.
Namun, kebanyakan wanita keliru berkaitan dengan mandi selepas melahirkan anak.Mandi wiladah adalah mandi hadas besar sebaik sahaja selepas melahirkan anak.Setelah itu diwajibkan mandi hadas selepas habis nifas.
Niat mandi: “Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala”.
Saya teringat orang tua-tua kita tak benarkan wanita dalam pantang mandi basahkan kepala. Sebabnya, takut masuk angin la, sejuk la.
Suruhan agama tak boleh diketepikan semata-mata nak ikut pantang larang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan, hanya dilakukan SEKALI sahaja selepas melahirkan anak.
Dalam masa berpantang 40/60 hari, cuma sekali je mandi basahkan rambut, bukannya tiap-tiap hari. Boleh mandi dengan air panas…cuma pastikan air itu suci.
Kepada bakal menjadi ibu dan bapa, harap tak ambil remeh perkara ini.
Kebanyakan orang tak tahu mengenai mandi selepas bersalin tak sama dengan mandi selepas darah nifas kering. Wanita diwajibkan mandi wiladah kerana sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kering, wanita itu sudah berada dalam keadaan bersuci.
Diharap ilmu yang saya curahkan ini, dikongsi bersama dengan wanita, para ibu dan bapa yang bakal menimang cahaya mata. Insyaallah.
3 comments:
a, ahlah.... esok nak gi keje nak mandi wiladah lah...
JA; gua pun sama la... hahaha..
aku tau info ni,..from susuibu.com so aku pun sempat la ber mandi wiladah lepas bersalin durrani tuh...
Post a Comment