08 March 2010

Selamat Hari Wanita Antarabangsa

salam...

tentangaznee mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua kaum ibu, kaum hawa, kaum wanita atau apa sahaja yang seangkatan dengannya...

kemunculan sambutan tarikh 8 Mac pada setiap tahun adalah sebagai suatu penghargaan kepada semua wanita yang dikenali sebagai kaum yang lemah tetapi cekap dan tabah... walaupun, lemah-lembut tetapi mampu menggegarkan dunia... itula keistimewaan kaum wanita dan diakui sendiri di dalam Islam dan Al-Quran...

sebagai wanita, kalo orang lain sendiri telah memberikan satu penghargaan kepada diri kita.. adalah lebih logik, kalo kita juga menghargai diri kita sendiri... kan?

oleh itu:-

- sayangilah diri anda sendiri.. dan elakkanlah dari sebarang penderaan mental dan fizikal... sebelum terkena, siaplah dengan langkah berjaga-jaga.. pastikan ada kerja, ada duit saku, ada duit simpanan, ada kereta walaupun kecil dan ada rumah untuk berlindung...

- sayangilah diri sendiri dari semua ancaman dadah, hubungan bebas dan sebarang penyakit kelamin yang sememangnya boleh dielakkan... mungkin nasihat ini sesuai untuk peringatan diri, adik-beradik, sepupu, rakan taulan dan siapa sahaja yang kita sayang di sekeliling kita...

- sayangi diri dengan sayangi pencipta... lagi banyak kita merayu dan merinth kepada-Nya lebih banyak Dia dekat kepada kita... mohonlah apa sahaja kebaikan tanpa jemu sebab dia tidak pernah jemu dan terhad mendengar semua rintihan kita... doalah ditemukan jodoh yang baik demi zuriat yang baik... sedih rasanya bila lihat anak2 muda rela membuang bayi di merata2 tempat... tak cukup dengan itu, bayi dibakar untuk tutup malu... bayi dipam di lubang jamban sehingga kepalanya pecah...


- sayangi diri sendiri dan anak2 sekiranya anda ibu tunggal... sebelum anda terfikir untuk mencari pengganti pasangan... memanglah naluri untuk disayangi memang ada.. tetapi pernah tak kita terfikir apa perasaan anak itu sendiri bila melihat ibu/bapa ada pengganti lain?? kadang2 org dewasa lebih pentingkan diri sendiri dari anak2 yang dah tentu kurang matang dan hanya tahu dunianya sahaja...

sayangilah anak2 sendiri dan bukan sayangi pengganti pasangan dan menganggap mereka sebagai 'aset'... tetapi anak2lah adalah aset sebenar.. tiada anak yang akan menghampakan ibunya yang tersayang setelah dia tahu bagaimana ibunya berjuang untuknya sehingga dia berjaya.. tetapi 'pengganti' itu boleh datang dan pergi sesuka hatinya... cukuplah apa yang berlaku kepada adik Humairah...


akhir sekali, jadilah wanita yang ber'hati mulia'... jika semalam kita tidak seindah mana, jadilah wanita yang lebih baik untuk hari esoknya... jika masih ada masa untuk kita berfikir, fikirlah sebaiknya sebelum terjadi yang seburuk2nya...


..aku bayi..

.. aku kanak-kanak..

.. aku remaja...

..aku gadis..

... aku perempuan..

dan aku wanita!

7 comments:

zafi said...

SELAMAT HARI WANITA !!!

a.z.n.e.e said...

zafi,
tq!!

do u got any prob open my blog..??
my new link is http://tentangaznee.tk/

Cikgu ILi said...

Selamat Hari Wanita..ko ialah iron lady!
Wanita besi~
Aku hanya boleh masuk guna link yg lama je Jonny.

a.z.n.e.e said...

hehehe..
aku nk charlie's angle!!

link lama n baru bole on.. ko boleh bukak yg lama.. ade org lain x bole..

jejaka anggun said...

tang wanita tuh nampak sgt kewanitaannya. ahaks.


ps: bile hari jejaka anggun sedunia plak ek?

lan said...

selamat!!

dude, ko wanita rupenye..

oppsss..

khas utk ko: janji rocksss!!!

a.z.n.e.e said...

jejaka:
biasala siapa lagi nak bela wanita..

hum... hari jejaka anggun yea???


lan:
woit! aku mmg pompuan la.. ganaz je sket2,.. kadang2.. huhuhu..

p/s:siot jer..