25 July 2012

Penutup Sahur

Salam kepada semua readers Tentang A.Z.N.E.E,

Rasanya belum terlambat lagi utk saya ucapkan selamat berpuasa.. Maafla jarang sekali nk update blog skrg ni..

Saje nk berkongsi dgn kawan2 semua dan ingatan kepada diri saya sendiri..

Ramai daripada kita yang menjalankan ibadah puasa tapi malangnya ada segelintir yang menggunakan alasan berpuasa utk mengurangkan tanggungjawab harian kerana keletihan.. Rasanya tak elok kalo kita berpuasa tetapi tidak menyempurnakan rutin harian dgn baik..

Jadi, saya ada satu cadangan.. Utk kita kekalkan tenaga yg ada untuk mengekalkan rutin harian tambahan sebenarnya bulan puasa kita ni perlukan lebih banyak tenaga terutama di malam hari untuk tunaikan solat terawih dan mengaji.. Dan bangun lebih awal utk bersahur berbanding rutin harian biasa..

Jadi, apa kata kalo kita makan makanan yg berkhasiat dan minum minuman yg memberi tenaga kepada kita.. Daripada kita menghabiskan wang yg ada untuk membeli makanan yg akhirnya kita hanya dapat sedap dan kenyang sahaja..

Contohnya kurma, oat, ataupun cari suppliment yg bole membantu memberi tenaga dan tahan kenyang utk jangkamasa panjang..

Minuman pulak seperti susu, coklat panas atau air zam-zam.. Air zam-zam terkenal dgn pelbagai khasiat dan garam mineral di dalamnya.. Elakkan juga minum minuman berais kerana esoknya kita akan lebih keletihan..

Ataupun paling kurang kita jadikan ianya sebagai penutup juadah kita di waktu sahur.. Saya sendiri jadikan kurma, suppliment dan air zam-zam sebagai penutup sahur.. Alhamdulillah selalunya pukul 6.30ptg baru terasa lapar.. Saya bole jalankan rutin harian seperti biasa dan berjemaah di malam hari.. Dan pastikan tidur yang cukup supaya mudah kita nk bangun untuk bersahur..

Kalo nk diikutkan, bulan Ramadhan ni lebih bizi dari hari biasa tapi inilah bulan ibadah utk kita rebut peluang yg ada untuk beribadah.. Keduanya sama penting iaitu rutin harian dan berjemaah terawih di malam hari..

Semoga kita dan keluarga tergolong dalam golongan yg beroleh kemenangan seperti yg disebutkan di dalam Quran.. Amin..
Published with Blogger-droid v1.7.2

2 comments:

zafi said...

agree... but u should try fasting for 19 hours here... :D

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Featured Images

Image1 Image2 Image3 Image4 Image5 Image6 Image7
Related Posts with Thumbnails