18 November 2011

10 Tips Melayari Facebook dengan Selamat

10 Tips Melayari Facebook dengan Selamat

Facebook merupakan laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Fenomena Facebook telah membawa kepada pelbagai kebaikan dan keburukkan kepada penggunanya. Jika digunakan untuk membuat kerja yang berfaedah adalah amat-amat dialukan. Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan di atas kemudahan teknologi terkini dengan membuat kerja-kerja yang tidak bermoral.

Saya sediakan 10 tips melayari Facebook dengan selamat bagi anda berfikir tentang bahayanya Facebook jika tidak digunakan dengan cara yang betul.

1. Fikir dulu mengenai siapa yang kita nak add ataupun approved kerana kita mungkin akan mendedahkan identiti kepada orang yang tidak dikenali.

2. Check privacy settings. Facebook menyediakan setting untuk kita privatekan sesuatu yang kita tak mahu orang lain tahu mengenai apa yang kita buat.

3. Kenapa kita create akaun Facebook? Hanya untuk share photos? Share links dan update mengenai aktiviti yang kita lakukan? Kalau begitu limitkan information mengenai diri kita sebab ianya terlalu peribadi.

4. Sentiasa ubah password. Seboleh-bolehnya jangan gunakan password yang sama untuk semua akaun contohnya emel, maybank2u dan lain-lain.

5. Bila kita sign in di komputer yang berbeza, pastikan terus sign out dengan sepenuhnya. Jangan sesekali tick pada “remember me”.

6. Berhati-hati dengan apa yang kita nak post. Sekali kita update status dan komen, sesiapa saja boleh tengok apa yang kita tulis. Adakah kita nak orang lain tau tiada siapa di rumah kerana kita pergi bercuti ataupun nak orang tau yang kita duduk keseorangan di rumah?. Ingat!!Gerak geri kita sentiasa diperhatikan.

7. Berhati-hati dengan serangan phishing. Nak tau apa itu phishing? Baca komen saya sebelum ini di sini. Anda mungkin akan terpedaya dengan halaman palsu yang seakan-akan halaman sebenar. Akaun facebook, myspace dan maybank2u tak terlepas dari ditiru oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

8. Ambil tindakan dengan segera. Jika kawan anda telah terima status update, message dan sebagainya walaupun anda tidak menggunakannya, cepat-cepat tukarkan password. Jika tak boleh log on akaun facebook anda, pergi ke bahagian Help link di bahagian bawah facebook page dan klik pada "security" untuk maklumkan kepada Facebook.

9. Jangan sesekali klik pada link yang kita tak tahu dari mana datangnya link tersebut. Contohnya seseorang yang tidak dikenali telah send link pada status dan message, elakkan dari klik link tersebut jika rasa ragu-ragu.

10. Gunakan facebook untuk kerja-kerja yang bermoral dan berguna contohnya meluangkan masa untuk berkongsi pendapat dan menambah kenalan. Elakkan dari membuat kerja yang tidak sepatutnya seperti menyebarkan virus, menceroboh privacy orang lain dan sebagainya.

Diharap tips ini sedikit sebanyak memberikan informasi kepada anda semua tentang bahayanya rangkaian sosial jika tidak di uruskan dengan sebaiknya. Sebarkan tips ini kepada kawan-kawan anda kalau ianya bermanfaat. Klik la like kalau suka.^_^

Sumber1 :  http://www.zuarxpdc.com/2010/02/10-tips-melayari-facebook-dengan.html#ixzz1e2pXkxTR

0 comments: