Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

17 December 2013

Kiram's Village Challet di kaki Gunung Kinabalu

Pertama kami melihat gambar-gambar di website Kiram's Village, aku dah memang jatuh hati.. Setiap hari rasa melonjak-lonjak nak ke Kundasang..

Salah satu sebab kerana dikelilingi ratusan spesis bunga di challet nanti.. Keunikan challetnya dalam bentuk "cottage" dah sememangnya membawa mood "oversea" seperti di Barat..

Emak antara orang yang paling "happy" bila sampai di sini.. Jangan kira aku dan adik aku.. Hum.. Seronok sesangat!

Actually kami sampai jam 6.30 petang.. Waktu ni cuaca dah gelap sangat seperti jam 8 malam di Semenanjung Malaysia.. Berdebar jugak hati ni sebab jalan agak sempit dan curam.. Ditambah pulak dengan hujan.. Jadi perjalanan kami jadi lebih lambat.

Masa sampai di sini, kami dah risau sebab kat mana nak makan malam.. Tengok sekeliling dah macam pekan mati.. Jadi selesai check-in, kami tanya tempat makan yang berdekatan. Rupanya, challet ni memang menyediakan makanan panas dan goreng-goreng.. Jadi, Alhamdulillah.. Tak payah kita keluar..

Tengok di cafenye, xde sorang pun yang menunggu.. Hahaha... Sama lah macam kami.. Semua berkepompong di dalam challet sebab sejuk sangat! Masha Allah sampai ke tualng sejuknya.. Kalo korang nak ke sini, janganla malas2 nak bawak baju sejuk.. Memang korang membeku la jawapnye.. Hehehe.. Sejuk dari Genting kot!

Menantu ajak ayah pilih menu...


Lepas makan malam, ayah n abg kash memanaskan badan kat luar.. Biasala geng isap rokok.. Huhuhu.. Seronok aje tengok dorang melepak kat pangkin luar.. Jangan harap aku nk join, pintu terbukak pun aku dah marah.. Hehehe..

Kami pilih "Cabbage".. Jadi ada 3 bilik dan boleh fit sampai 12 orang.. Hum... ramai boleh masukkan? Dapur ada, peti ais, shower, heater, tv.. Selesa la.. Cuma kalo nak astro, kena tambah RM20.. Kami amek ajela, dah awal2 malam xde aktiviti nak buat.. Bosan la kalo xde astro kan? huhuhu...

Esoknya jam 5pagi aku dah bangun.. Konon nak bangun kul 4.30 pagi tapi x lalu la.. Sejuknya ya amat! lepas solat subuh, nak jenjalan kat luar challet nk tengok matahari terbit! Hahahaha.. gagah perkasa aku bangun awal sepiee...


View dari depan challet ktorng.. MashaAllah..

Dalam jam 6.40 pagi, matahari dah keluar.. Jadi Gunung Kinabalu nampak kemerahan.. 

Mula-mula, aku dengan mak aje yang meronda sekitar challet.. Yang lain, tak lalu nak keluar dari kepompong.. Bergulung dalam selimut.. Masha Allah.. Terima kasih Ya Allah sebab Kau berikan aku peluang melihat keindahan alam ini.

Jalan sampai hujung challet.. Haa, masa ni Abg Kash dah join ktorng... tetiba jadi tourist guide laki aku ni.. Katanya ada jalan tracking untuk naik ke kaki gunung dari challet kami.. Actually dah dekat sangat sebenarnya challet ni dengan kaki gunung KK... Mesilou ni antara salah satu port untuk pendaki2 memulakan perjalanan..

Pintu gerbang pun dah cukup klasik dah.. Aku rela duduk suasana kampung macamni dari di hotel2 mewah.. Hati ni lain!

Bukak2 mata, nampak terus bunga macam ni.. Sejuk rasa mata, sejuk rasa hati ni...

Muka masing2 naik merah.. Sejuk sangat kot!

Rasa seperti di New Zealand :)

Kemudian kami turun ke bawah kawasan challet menuju ke kaki gunung.. Waaahh.. pemandangan cantik, udara segar, rasa sihat sangat badan ni!

Akhirnya, itulah puncak Gunung Kinabalu. Gunung yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara :)

Bunga-bunga liar pun tumbuh subur..

Lalang pun tak kurang cantiknya.. Masya Allah..

Selepas bergambar, kami pulang balik ke challet.. Sambung sesi photoshoot..
Jangan jeles ok! Masa ni, adik aku si Sayang ni dah bangun dah.. Mak siap kol sorang ajak tengok puncak gunung KK.. bukan senang kan?

Sebab pukul 10, puncak tu dah ditutup awan.. Tapi masa hari ni, pukul 8.30 pagi puncak gunung dah ditutupi kabis sepenuhnya.. Kitorang menung tengok sama2 awan bergerak menutupi puncak gunung sikit demi sedikit..


Gambar fav aku! Tengok langit, biru aje...

Ni pun sama.. Background gunung tu memang lawa kan?

Ini lah cafenye... 

One of the challet :)

Challet kami sewa..

Dalam pukul 9 lebih, ktorng dah siap2 nak check out sebab nak jenjalan ke tempat lain pulak..

Kesian Nuar demam pulak masa ni.. Ada la jugak aku shoot gambar pengantin suam-suam kuku ni.. Tapi gambar dorang lawa2.. Muke aku jugak yang tak de... Huhuhu...

Kesimpulan:
Aku kasik 5 BINTANG!!

Yeay!!

14 December 2013

Rumah Terbalik di Kota Kinabalu

Rumah terbalik adalah salah satu tempat aku n adik aku nak sangat pergi.. Mostly yang aku baca kat blog2 orang lain, semua tak masuk dalam dan hanya amek gambar dari luar sahaja.. Tapi berlainan pulak dengan ktorang ni..

Ktorng "earger" sangat nak masuk! Orang Perak kata "ingke"... hehehe.. Biarlah lebur sorang RM10, asalkan boleh masuk dalam.. Bukan apa, kita dah datang jauh2 naik belon semua, xkan nak buang lagi RM10 pun tak nak kan? Last2 nanti RM10 tu habis juga ntah ke mana..

Jadinya memang ktorng masuk! Yeay!

Rumah terbalik ni actually baru aje launch last year iaitu 2012.. Jadi, mungkin sesiapa yang dh ke KK sebelum2 tu tak berkesempatan nak ke sini.. Best tau dan special sebab Rumah Terbalik ni hanya ada 1 sahaja DI DALAM MALAYSIA!! dan yang ke-3 di dalam ASIA...

Jadi, korang faham tak valuenya macamne? Hum.. Sangat sangat sangat rare, kan? Hehehe.. Kalo yang negara lain tu, mungkin dorg buat ikut culture dorang masing-masing.. Rumah yang ni ikut culture di Malaysia.. sangat menarik!!

Korang just imagine isi rumah korang yg dalam terbalik!
Kipas di lantai! syiling di lantai!
Tivi, katil, pc, laptop, kerusi, sofa, mesin basuh, mesin jahit, toilet bowl etc... semuanya duduk kat atas.. Sangat so sweet bila tengok kucing yang tengah tidur atas sofa pun dalam keadaan terbalik.. OMG!! Comelnya.. Macamne you boleh tidur terbalik tu sayang?

Note: Sesiapa pun tak dibenarkan amek gambar isi perut dalam umah ni.. Of coz la sebab dia nak jaga value umah ni, kan? Jadi, kalo korang nak tengok, korang kena datang KK dan masuk sendiri ke rumah ni... Itu yang MAHAL sebenarnya..


Kami hanya boleh amek gambar dari luar sahaja.. 

Yang ni pun di bahagian luar Rumah Terbalik, ada Kereta Terbalik!

Tengok dalam kete tu, macamne teddy bear tu di susun dalam keadaan terbalik jugak.. Nice kan?
Dan macamne dorang "hang" kereta tu... ???

Gambar bahagian sisi kiri Rumah Terbalik!
Ada 4 tingkap, kesemuanya bilik yang berasingan dan berlainan deco.. Oppss bilik yg tingkap paling kecik tu adalah jamban ataupun bahasa sopannya tandas! 

Ini adalah tangga masuk ke Rumah Terbalik.. Disebabkan tak lama lagi nak Krismas, jadinya dorg deco ikut tema Krismas!
Oya.. teringat! Ktorng tak amek gambar dengan Snowman Terbalik! Alaa.. ruginya sebab bizi beli tiket, ramai sangat orang nak masuk, okey!

Setiap satu kumpulan yang masuk sini akan pukul GONG! sebagai tanda Selamat Datang menggunakan tradisi orang Melayu! Pemandu Pelancong dia pun pakai kain batik aje kau.. Aku kat umah pun tak mampu nak pakai.. Inikan pulak kat luar.. Huhuhu...

Pandangan sisi sebelah kanan Rumah Terbalik.. Nampak tak kereta sorang, penyapu sampah, cangkul, pasu bunga dan pokok pun terbalik!

Ronda2 dalam rumah dalam 15-20 minit.. Semua waaaah... waaahhh... waaaahh..
Benda yang paling berat digantungkan adalah mesin jahit.. Aku x ingat berapa kg.. Kalo tak silap dalam 8kg la.. Itulah barang yg paling berat dorang gantungkan.. Dasat kan?

Ok.. lepas tu, keluar dari rumah... 
Kami jumpa Taman Terbalik pulak!

Bunga orkid!! OMG!! Mak saya paling suka nih! Hehehe.. Excited sangat dia..

Then, jumpa ni pulak!

Jamban Terbalik!!
Hahaha.. giler kalo betul terkeluar cebisan dari lubang tu... Huhuhuu...

Dan yang ini gambar last sebelum keluar dari Rumah Terbalik!

Actually aku pening kepala dah time ni.. Yela, semua benda pun terbalik.. Memang pelik rasanya.. Tapi ini pengalaman pertama dan baru dan sangat sangat sangat susah nak dapat kan?

Kesimpulannya, aku bagi 5 bintang!!
Dan ktorng sangat2 enjoyies di sini!!

p/s: kelakar pun ada tengok ktorng pakai seluar track seharian.. Giler kat Perak idak macamni.. Pergi KK bole pulak mcmni.. aje teruk beno.. Ini semua sebab nak mandi kat Hot Poring!!

Okla nanti sambung citer tempat lain lak yea.. Semua post nanti xde sequence yang betul tau masa ktorng di KK.. No itinerary!! Just membantu spesific tempat2 yang korang boleh lawati di KK... hehehe

13 December 2013

Bercuti ke Kundasang-Kota Kinabalu

Yeepi, akhirnya sampai juga kaki ni ke Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu.. Walaupun hanya di kaki bukit.. Next time abg kash ajak panjat.. bestnya la.. amin ok!

Actually, tiket ktorng dh beli lepas blk dr Phuket time promo.. biasala kan?
Cuma kali ni nak bawak mak ayah jenjalan.. Serta adik n husband join sekali...
Me as ketua rombongan.. OMG!!

Oklah, jom tengok jela itinerary ktorng..

4 Dis 2013 (Rabu)
Train ETS pukul 5.20 pagi.. Aku managed beli tiket 2 hari sebelum pergi.. Masa tu baru balik dr UUM sebab adik konvo.. Mak ayah ada lagi kat Kedah, so aku uruskan sendiri jer.. Sebab gabra, terlupa lak yang mak ayah bole dapat potongan sebab ada kad pencen.. So, terpaksa spent harga sama mcm ktorng RM31 sorang..

Ktorng nak ETS sebab malaih nak pk pasal parking.. Plus aku belum ada keberanian nak parking kat LCCT.. huhuhu.. boleh? Padehal melambak aje orang parking kat sana kan? Hehehe

5.00 pagi - hantar semua beg dan orang2nye sekali.. abg kash drive balik umah mak, then jalan kaki ke stesyen keretapi.. tak sampai 10 minit setel.. Alhamdulillah..

ETS on time sampai.. itu yang bagus tu.. Dalam 2 jam (7.15 pagi) ktorng dh sampai KL Central..
Sampai KL Central terus naik bas sebab tak nak sampai lambat ke LCCT.. Tambah pulak time ni time orang g keje, jadi takut jem pulak.. Perut masa ni dah berbunyi2..

Sampai ke LCCt lewat sket.. Selalu dalam 45 minit dah sampai.. Kalini amek masa 1jam 30 minit.. huhuhu.. so, kena plan bebaik la perjalanan dan masa.. Sampai2 aje, terus cari tempat nak breakfast.. Kami makan nasi beriani terus! Sedap regenya RM15.90 satu..

Flight pun delay dalam 40 minit.. Jadi dah terlewat dah.. 

Suppose sampai di KK jam 2.10pm tapi kami sampai dalam jam 3.00pm..
Terus kol kete sewa.. Nasib baik dorg faham kan?

Kami sampai KK, terus cari lagi kedai makan.. Hehehe.. Masih lapar.. Tak ingat pulak apa nama kedai tu.. Tapi kami bertolak ke Kundasang dalam jam 4.15 petang.. Tak bole lewat2 sangat, sebab kundasang akan cepat bergelab..

Akhirnya, kami tiba di Kundasang dalam jam 6.45 petang.. Tapi keadaanya memang sudah gelap sungguh.. Pekan Kundasang pun sudah sunyi sepi... 

Nanti aku akan post cerita tentang Kiram's Village.. Homestay kami yang pertama..


08 June 2013

Day 2 : Backpackers journey to Phuket

29 Mei 2013 - Trip to James Bond Islands

Seperti dijadulkan, pukul 8 pagi kami dah kena siap2 tunggu kat lobi hotel untuk agent datang pickup ke jeti.. Hari ini kami akan berjalan2, ber-island hopping ke James Bond Island.. malam tadi ktorng tido lambat jugak walaupun penat.. dan mungkin disebabkan excited atau takut terlajak tidur, macam tak lena jugak la tido aku.. walaupun dh set waktu ikut Thailand, tapi macam eh, betul ke aku set tadik... hahaha...

Kat sini, pukul 6.50 pagi pun dah terang benderang ok! Pulak tu kat sini agaknya deme memang tak tdo kot.. Sentiasa aje ada bunyi muzik, motor lalu lalang di Bangla Road ni.. huhuhu..

Turun aje bawah, agent belum sampai lagi.. Jadi borak jap  dengan couple Melayu dari Malaysia ni... best giler bole borak Bahasa Melayu kat tempat orang!! Hahaha.. Dorang x amek pakej ke James Bond Island, arini dorang nak ke Phi Phi Island.. Dari survey aku, orang selalu amek satu je pakej.. mungkin sebab masa dorg singkat sangat dalam 3 hari aje kat sini.. so, nk jelajah semua benda dalam masa 3 hari memang tak cukup.. sebab hari pertama dah kira perjalanan tiba.. hari kedua berjalan2.. hari ketiga perjalanan balik pulak.. 4 hari tu memang just nice la... dah alang2 datang, better dtg lama sket.. puas sikit nak melihat tempat orang... Bukan selalu kita datang ke sini kan?

Dalam 8.15 pagi baru agent sampai dengan "bas".. kat sini dornag panggil bas, kalo kat malaysia kita panggil van aje.. huhuhu... rupenye dalm bas dah ada orang lain, dari cara bercakap dan rupe orang Arab daa... hahaha... Kat sini yang best kan, bila org tgk kita pakai tudung, mana2 orang Islam akan bagi salam kat sini.. dengan penuh senyum.. kami berdua pun rasa seronok dan jawap salam sambil tunduk.. rasa tersentuh kau.. hahaha... kat Malaysia tak dapat der gitu sebab melambak2 orang Islam kan?? Dorang mcm seronok sangat jumpa sesama orang Islam walaupun berlainan negara... :)

Then, bas ni pergi amek lagi penumpang lain... Seingat aku ada sepasang couple Mexico then, uncle solo dari Australia sekali dengan kami... Then dah penuh dah kami dalam bas tu dalam 10 orang.. Perjalanan ke jeti makan masa 30 minit.. jauh jugak sebab jalannya pun berbukit-bukit macam jalan kat Cameron Highland..

Ready berjalan kaki ke jetti.. jauh jugak!

Inikah botnya?? Besar dan ramai sangat orang.. Bot pun bukan kami sahaja, ada banyak..

Sebelah aku seorang wanita Iran.. dia selalu travel ke hulu ke hilir sorang2...

Dengar brief kapten rombongan sambil adapt Eanglish dalam bahasa Siam..

Boring pulak duduk kat sini.. Bot ni ada 3 tingkat.. Bahagian bawah sekali utk isi brang, masak etc.. Penumpang di bahagian tengah.. dan atas sekali ada la sket tempat melepak!

Di bahagian atas bot..

Warning: Naik bot ni ko janganla pakai baju formal ok, tak syesyuai.. Pakaila pakaian yg sesuai utk ke pantai.. Ada gak yg pakai hi-heal.. Alamak, aku tengok pun pelik je.. 





Sebelah aku tu orang Rusia.. sepatah haram tak reti ckp omputih.. tapi bole je jalan serata dunia..

Sekali bot ktorng potong private bot ni.. Alamak yg pompuan semua berbogel.. sun bathing!

Rehat jap.. bersila sajo.. Kat atas ni ada geng lelaki muda dari Arab Saudi.. Suke sgt dgn ktorg.. Dahla masing2 nakal2.. Tapi dorg respect kat aku sebab berhijab.. They said, Alhamdulillah... 

Dah jadi geng Abang Kash dah.. walaupun dorang ni  x berapa reti ckp omputih.. Tapi lantakla, main hantam jela pakai bahasa isyarat pun ada.. janji bole faham.. hahaha.. dah macam ayam dengan itik aje aku tengok.. hehehe..

Lepas penat berpanasan atas bo besar, tiba kat satu point.. Ktorg kena turun dari bot besar, masuk ke satu bot panjang dan laju... Habis percik2 air laut semua basah.. aku siap btau abg kash "jgn nk duduk kat depan yg konon first class tu.. kang melompat2 kena lawan arus, kang muntah kang..  pastu habis basah lenjun lagi" .. huhuhu..

Rupenye kami berpindah ke satu lagi bot terapung... aku siap tanya "are we going to lunch here??" hahaha.. geleng aje aku dapat.. sebab xtau brape kali dah aku tanya kapten.. tadi masa nk pindah pun aku tanya soalan yg sama.. hahaha..

rupenye dari bot ni naik kenu lak... 

aa... bestnye.. sebab x payah kayuh... ada org tlg kayuhkan .. ktorng rilex aje.. best2.. 

lalu kat tepi2 celah pulau batu kapur tu.. tengok texture semua... haha.. ada gak orang kata boring.. bagi ktorng best gile.. sbb ktorng ni memang pencinta alam kot.. hehehe.. cantek sangat ciptaan Tuhan.. 

masa tgh shoot ternampak jiran sebelah tadi.. aku excited melambai..
"hey, you suppose to look there not here!!" kata nenek Australia.. hahaha

tetiba nampak orang jual kelapa atas bot.. bestnye!! view dia pun sangat menarik masa ni.. 

lagi bot jualan keropok pulak


makcik ni lawak la.. bole la pulak pakai payung.. pakai topi udah le... 

lepastu, kami transit ke restoran terapung tadi , transit lagi naik bot panjang yg laju sambil menjerit2 kebasahan... huhuhu.. dan masuk semula ke bot besar.. dari sana kami ke Malay Village ni pulak.. kat sini ada 2 ribu penduduk Islam Muslim.. jadi tak risau bab halal haram..

Makanan pun sedap sangat sebab ikut selera macam Malaysia.. 
Tengok aku sorang je yg "bertutup" tapi dorng tak kesah pun berkawan dengan aku.. so, aku pun kena hormati jugalah pendirian dan cara dorang tu.. huhuhu..

2 nenek Autralia, 1 Iran lady dan kami couple dari Malaysia.. atas bot besar pun aku sorang aje yg bertudung.. Proud to be Muslim and Malaysian :)

oppss.. tertido merata2..
Lepas makan, bergerak ke James Bond Island..

Wajib tau amek gmbr kat sini... hahaha

Berkurun makcik tunggu turn nak amek gmbr kt pulau seciput ni..
Dah balik, rugi pulak tak beli t-shirt James Bond Island.. ingatkan kat tempat lain ada,, rupenye non-ado.. rugi! 

Makcik jual survenior tlg amekkan gmbar.. upah lepas aku beli fridge magnet... hehehe

Me cekak pinggang, yang kat atas tu terpampang..

cantek tak??

kat sini memang bersih...

kemudian kami berhenti di pulau yang terakhir untuk berenang2..
nak ke pulau tu kena kayak sendirik... ada yg terjun terus dari atas bot ke laut...
omputih semua pakat terjun.. kami ni je yg tak basah pun.. duduk ajela atas bot.. huhuhu

dan sambung photoshoot gambar dari atas bot..
selepas sejam, kami pun berangkat pulang..

bila sampai di jeti, ada pulak gambar ktorng berdua dalam frame.. 200B = RM20
Ni gambar bini tengah korek wallet laki.. hehehe

Sampai hotel dah nak dekat 6.30 ptg.. letihnye dan lapo!
singgah beli kebab.. kebab ayam 100 B = RM10, me kebab daging 120B = RM12, air RM4

*Makan tengah hari dah include kat dalam pakej ke James Bond Island..

Malam ktorg flat.. Jaga pukul 10 malam dari cari makan kat kedai kebab tadi..

Jumlah perbelanjaan harini:
Survenior = RM30
Minum petang = RM 26
Makan malam = RM34
Frame gambar = RM20

Total perbelanjaan hari kedua =  RM110