13 October 2011

Panggilan Kaabah

Sabtu lepas kami ke Bukit Jelutong.. temankan anak-anak buah dan nak tengok abang sulung Abang Kash naik haji dengan Kak Long...


Sayu rasa hati bila tengok dorang nk berangkat.. lain rasanya kan? feelingnya mesti lain dengan orang yang nk pergi oversea... Apa2 pun kami doakan yang terbaik buat Kak Long and Yeop Khafar kat sana... Moga segala urusan dipermudahkan...




Bila tengok orang terdekat pergi mengerjakan Haji, kita pun rasa melonjak nak melawat ke Rumah Allah... Ini agaknya yang orang katakan seru...


Kami berdua juga berharap dan berdoa suatu hari nanti kami akan menjejakkan kaki ke sana..


p/s: Walaupun kita bole bermohon dan berdoa kepada-Nya pada bila-bila masa dan waktu.. Jika aku ke sana, aku mahu mohon banyak2 doa dan mengadu... Moga Dia tidak pernah jemu untuk mendengar semua aduan dan doa kita...

2 comments:

azhariahzuber said...

suruh mereka doakan ko. mcm aku bagi sekeping kertas panjang berjela. nak anak kembor. hehe

Anonymous said...

I m glad i found ur blog.Not everyone can provide information with proper flow. Good post. I am going to save the URL and will definitely visit again. Keep it up. thank you!
[url=http://www.karenmillendressesonline.co.uk] karen millen dresses[/url]